-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 7 Oktober 2012

TIPS FACEBOOK - Mencuri yang dibolehkan

PEMBACA
Tips yang hendak dikongsi ini bukan bermakna nak mengajar kita mencuri atau menipu tetapi satu bentuk ilmu kepada yang belum tahu cara menggunakannya. Nak kata mencuri pun tak boleh sebab cara dan teknik ini memang ada dalam setiap PERISIAN KOMPUTER cuma TAHU GUNA ATAU TIDAK SAJA.


Anda mesti dan pernah jumpa gambar atau artikel yang menarik minat anda, tetapi tak tahu cara nak menyimpan artikel atau gambar tersebut,faham sajalah nak cari semula bukannya mudah dalam Kepesatan maklumat internet sekarang ni.

Kedua anda jumpa gambar atau artikel tetapi anda tidak dibenarkan untuk salin atau copy , Pernah hadapi situasi begini? 

Untuk menyelesaikan masalah masalah seperti diterangkan tadi,kita boleh gunakan cara COPY PASTE melalui kekunci  "PrintScreen" . 

Ikuti langkah dibawah selangkah demi selangkah untuk belajar.

1) Pada papan kekunci (bukan kunci tau) atau disebut keyboard ,cari dimana letaknya PrintScreen ! Dah pasti kedudukannya ikuti langkah seterusnya ini. P/S - Ada juga kekunci yang namanya bukan ditaip Print Screen , tapi kamu boleh agak short huruf yang digunakan seperti PRTScrn , PrintSCN mudah saja,kalau tiada maknanya KEYBOARD ANDA CACAT haha.

2) Seterusnya cari lah mana mana gambar atau artikel yang hendak disalin atau dicopyt, kalau payah sangat cer salin artikel yang anda sedang baca ni untuk buat CONTOH! 

Tekan Print Screen SEKARANG!!!    

3) Dah tekan PrintScreen , pergi ke Start---> Program---->Accessories dan cari PAINT ( Dalam setiap Windows pasti ada perisian Paint ini ....) dan klik untuk masuk dalam Paint 

4) Dalam perisian Paint tadi -KLIK EDIT DAN KLIK PADA PASTE.

5) Gambar artikel yang anda baca ini akan dipaparkan dalam Paint.

6) Seterusnya gunakan tanda kotak PAT SEGI macam dalam gambar dibawah untuk pilih kawasan gambar yang dihendaki dan klik pada COPY 


7) kLIK pada File dan pilih New ----Arahan save changes akan muncul , klik No kerana kita tak nak simpan lagi sebab belum siap hahaha,


8) Klik lagi sekali pada Edit dan pilih COPY..LIHAT GAMBAR YANG ANDA PILIH TADI DAH MASUK KAN KAN KAN KAN..Bijak bijak.

9) Untuk simpan gambar tersebut, klik pada File dan pilih Save As, P/S Pastikan anda tukar (Rujuk gambar) bentuk atau format gambar tersebut kepada Jpeg atau PNG kerana ianya lebih senang dibuka dan di edit nanti. 

Cubalah pasti anda tidak akan disaman oleh JPJ kerana cuba tips ini !

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.