-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 20 Oktober 2012

SERAM BUKAN GERAM

PEMBACA

Di sebuah lorong yang sepi dengan suasana seram ala-ala filem 'Blade', alaaaa.. Filem omputeh tuuu... Aku pun jenjalan sorang-sorang... siap mak aku marah dengan ku. Ape taknye, aku smack down adik aku, Aniqo. Aku bukan apa.. Tension dengan Aniqo tu kaki mengadu.. Siket2 ngadu mak.. Siket2 ngadu bapak.. Nyampah!

Tapi sewaktu aku jenjalan tu, tetibe je bulu tengkuk aku wake up dengan beraninya tanpa izin dan arahan dariku. Dah le seram, ditambah lagi dengan hujan renyai-renyai bahasa.. Errrr.. Ade ke hujan cenggitu? Ahh! Pedulik kan... Makin seram le jadiknya mengalahkan keseraman citer Hantu Kak Limah Tak Balik2 Rumah.

Aku ditakdirkan menghampiri sebuah rumah usang, "Tap, tap, tap..." bunyi kaki yang semakin cuba untuk menghampiriku. Tanpa segan silu walaupun ngilu, aku terus cabut untuk mengelakkan dari perkara yang tak diingini terjadi.

Setibanya aku kat belakang reban Kurap Singh, bahuku tetibe je ditepuk dari belakang. Makanya dengan otomatik terlari lagilah aku tanpa diundang kerana terkejut tahap cipan puaka (walaupun aku belum penah jumpa cipan itu) dari ekor mata aku nampak keadaan lembaga tu yang berjubah hitam. Aku pun tak cuba untuk menoleh ke belakang bila teringatkan pesanan sebuah filem seram, 'Jangan Pandang Belakang' dan aku meneruskan usaha aku untuk lari dari kegabraan pada malem tu.

Belum sempat nak lari doploh meter, "POK!!!" kepala aku kena baling dengan buah kelapa. "WOI!!!" pok!! Sekali lagi kepala aku diketuk... "Adeh " aku mengerang kesakitan... "Buat hape ngo lari laju sangat ha!?? Dah le buat ONAR kat rumah, menyusahkan orang je nak kena panggil suruh balik rumah!" eeeeee.. Suare sape pulok ni? Macam kenal je.... "Woi!! Tak dengar ke aku suruh balik wahai anakku Ahmad Sidin Bin Nasidin. Dah kotor baju hujan baru aku ni... Jadi sebelum bapak libas ngko dengan batang kelapa tu pulok, adalah lebih baik kalau ngko balik rumah sekarang!!"

Aiseh mennnnn.. Sekali bapak aku daaaaaa... Terpaksalah aku turuti perintah beliau agar sesuatu yang lebih buruk terjadi tak terjadi nak terjadi....

NURKILAN - EDITOR NUR 

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.