-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 17 Oktober 2012

LAWAK YANG DAH TAK PELIK

PEMBACA

Banyak benda pelik berlaku dalam negara kita ni, Nak kata PELIKpun tapiii  DAH TAK PELIK sebab hari hari kita merasai dan menikmati kepelikan itu tak kira siang dan malam ....Nak tahu?

- Pelajar sekolah lebih banyak menulis di Facebook dan Twitter dari buku sekolah mereka ..tak adil pelajar sajakan........  mak bapak pun sama gak termasuklah saya ,so apa kata esok kita banyakkan menulis di dalam buku buku bank hahaha

- Ada golongan rakyat yang mendapat bonus seperti kakitangan awam , BRIM dan lain lainnya, TETAPI ADA JUGA GOLONGAN RAKYAT YANG DAPAT BALA .....seperti NAIKNYA BIL TNB, disaman AES ..........jatuhnya harga sawit hahaha

-  Ada kempen kurangkan gula atas alasan gula naik harga...tak apalah boleh diterima tapi JADI PELIK TAK KALAU ALASAN SAMA DIGUNAKAN JIKA BERAS JUGA NAIK HARGA? Kempen KURANGKAN makan beras boleh?? Hahahaha 

- Ada orang buka syarikat perniagaan  nak untung tak pelik pada kita, tapi PELIK juga bila ada yang buka syarikat MEMANG TIDAK MENSASARKAN KEUNTUNGAN ....nak tahu syarikat apa ni?? Alaaaaaaaa.....itulah yang uruskan SAMAN AES tu tak caya tanya JPJ haha.

- Nak lariskan jualan tak kisahlah benda apa pun mesti letak gambar perempuan seksi meksi dah tak pelik ......tapi bila letak gambar Pak Aji yang separuh umur untuk lariskan minuman GAGAH PERKASA pelik la pulok! Miahaha

- Dulu pelik sebab dalam  ceramah politik mesti ada   kehadiran polis SB ,tapi janganlah salahkan SB pulok! Iyelah tak kan dia nak intai Kongsi gelap pulok..karang intai punyai intai rupanya bos sendiri ....tak ke pelik nanti ?

- Kita jangan pelik kalau demontrasi yang dihadiri 30 ribu or 100ribu orang dapat kecaman bukan liputan, tapi demontrasi yang kurang dari 10 orang dapat masuk tv sebab yang 10 orang itulah  "mewakili suara rakyat" Hahahaha.

- Dulu kedai cat merungut sebab tak ramai orang nak mengecat, tapi dah tak pelik sekarang ni tokey kedai cat boleh senyum sebab orang bukan beli nak mengecat saja, siap SIMBAH SEKALI ......errrrrrrrr...tokey nanti order cat MERAH banyakkkk sikit loo!

- Kita tak pelik kan kalau orang Cina suka tukar nama dia ala ala inggeris sikit macam DAVID Teo, Elizabeth Yong, Michael Lim,Teresa Kok  tapi jangan pelik kalau ada nama ni  David Hussein, Elizabeth Nur, Michael Ismail, Teresa Shanim hahaha

- Teknik yang tak pelik dah bagi kita bila  nak selamat kan diri , cara politik MR Bean amat sesuai digunakan ....iaitu salahkan dan tuduh orang lain yang lakukan macam dalam video ni, dia makan gula gula tapi dia kata  orang belakang yang buat......errrrr rasanya budaya ni ada tak dalam negara kita ni ?


- Kita tidak lagi pelik dengan dasar langit terbuka atau Free Internet apabila isteri, suami ,pelajar, janda dan lain lain boleh buka kain masing masing dalam internet. 

- Jangan pelik kalau ada ahli atau pemimpin PAS tidak lagi makan BERAS Jati ataupun buang semua perabut JATI sebab tak PUAS HATI DENGAN HASAN ALI @Jati miahaha

- Audit dibentang selepas belanjawan tak lagi pelik sebab kita boleh beli barang dan belanja tanpa perlu mengurus duit terlebih dahulu, ibaratnya duit kita ada RM50 tapi kita boleh buat belanja RM100 ..hebat dan dasat !

- Musa Aman yang dah tak AMAN di negeri Sabah pun kita tidak lagi pelik kan kan kan kan. 

- Jadi Artis suara hebat macam Shila Amzah pun orang tak pandang,sebab tak pelik orang pandang lebih suka  cerita bukak kain,skandal dan cinta cintun  

-Walaupun di Kuala Lumpur yang memang dalam negeri Selangor selalu banjir ,tetapi tetap juga orang kata SELANGOR TAK ADA AIR .......Pelik tak? Haha

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.