-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 14 Oktober 2012

KITA NAK YANG PANAS PANAS AJEE

PEMBACA

Sudah menjadi lumrah dalam diri kita, kita akan menokok tambah cerita untuk menyedapkan lagi cerita yang kita dengar...Jika boleh kita nak PANAS PANAS ,SENSASI SENSASIKAN CERITA .... Anda tak percaya? Tengok cerita dibawah...

Cerita asal 
- " Pagi itu, Lokman tidak kesekolah kerana kasutnya basah, oleh kerana merasa amat bosan, Lokman pun merayau-rayau di belakang rumahnya yang dipenuhi tanaman jenama lalang. Lokman pun terpijak suatu benda yang seakan-akan tayar. Lokman pun memijak-mijak sambil melompat-lompat atas "benda" tersebut..sedang dia seronok terlompat-lompat , dia pun memandang kebawah ..alangkah terkejutnya Lokman, benda yang dipijaknya itu adalah seekor ular sawa yang  dengan muka bengang memandang Lokman dengan marah kerana "sudahlah ganggu ku tidur, dipijak-pijak pula"..Dalam keadaan terkejut Lokman terus berlompat lari menuju kedalam rumah..tangga rumahnya langsung tidak dipijak..terus dia lompat hingga terbaring dikatil..sejak hari itu Lokman terus demam tak kebah-kebah.."

CERITA MAK LOKMAN PADA GURU KELAS.
-" Pagi tu anak saya mengadu demam panas cikgu..jadi saya tak bagilah dia pergi sekolah..takut demam panasnya tu merebak pula pada kawan-kawan sekolah dia. Tapi Lokman ni anak yang baik..walaupun dia tidak kesekolah pagi itu..dia tetap juga nak membantu saya menebas lalang dibelakang rumah. Sedang dia menebas lalang dengan tekun dan rajin, tiba-tiba Lokman terjumpa seekor ular sawa cikgu..besau sungguh ular sawa itu..Lokman pun bergelut dengan ular sawa tersebut yang tiba-tiba nak menyemburkan bisanya pada saya..hampir 3 jam Lokman bergelut dengan ular sawa tersebut..saya pun turut membantu menggunakan teknik cubitan pada badan ular tersebut..akhirnya ular itu pun mati..tapi Lokman terus demam tak kebah kebah ...itulah sebabnya anak saya TAK DATANG SEKOLAH CIKGU.....

CERITA RAKAN LOKMAN.
" Aku tau kenapa Lokman tidak kesekolah semalam ..aku terdengar maknya cerita pada cikgu besau masa aku nak anto beg cikgu besau..Lokman rupanya berlawan dengan Ular sawa resakse sebesar longkang Kadbod ko tau..fuh!!dasat sungguh kawan kita tu..rupanya Lokman tu ialah "Gaban Perkasa hitam sitompok manggis"..emaknya kata Lokman terpaksa bersabung ayam..eh! Nyawa nak selamatkan emaknya dari disengat ular itu..Sampai ke petang jugalah Lokman lawan ular tu..banyak kuasa Lokman gunakan ..jurus tanah..jurus pasak bumi termasuk kuasa Poket Doraemon dan fire Otromen..barulah ular sawa tu menyerah kalah dan lari ke negeri Jepun. Oleh kerana dah terlalu banyak guna kuasa..Lokman koma tak sedar diri..sebab tulah dia tak gi Sekolah..

CERITA GURU KELAS PADA GURU BESAU

"SEKIRANYA ANDA ADALAH GURU KELAS LOKMAN..APAKAH ANDA AKAN CERITAKAN PADA GURU BESAR.....Ce crita..ce crita.......


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.