-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 30 Oktober 2012

Duri durian terselit kat telinga

PEMBACA


Bila sebut durian, mesti ramai yang tahu bagaimana rupa, bentuk dan dalamnya. Ada yang suka dan ada juga yang baunya saja sudah cukup meloyakan. Sejauh manakah anda tahu tentang durian?
Disebalik DURI yang agak menyakitkan iaitu DURIAN
Meskipun namanya menggerunkan kerana berDURI....tapi ia tetap mempunyai ramai peminat nye yang tersendiri meskipun bukan artis popular negara ini.
Tiada hari pertabalan, tiada cuti umum dan tiada adat istiadat tetapi durian tetap digelar sebagai raja buah-buahan. Yang agak mengelirukan, buah apa pulak yang menjawat jawatan bendahara, hulu balang dan dayang-dayang??? kan??
Walaupun masih tiada rekod jenayah, tiada masalah dengan ketua FBI dan tak pernah buat pinjaman bank tapi entah kenapa durian tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kapal terbang.
Harga sebiji durian dikelaskan mengikut gred yang tertentu sedangkan durian tidak pernah masuk mana-mana kelas dan tidak pernah menduduki apa-apa ujian.
Sungguhpun bau durian ini amat kuat tetapi sampai sekarang tiada mana-mana syarikat perfum yang mengeluarkan minyak wangi berbau durian.
Tak pernah terbaca lagi mana-mana laporan yang mengatakan sebiji durian mengamuk sakan kerana panas baran yang melampau. Jadi kenapa pula kita yang terasa panas bila makan durian???
Sampai sekarang masih tidak diketahui lagi bagaimana terlepasnya durian ke negara Belanda dan apa pula hubungan saudara antara durian biasa dengan duran Belanda. Mungkin hanya berpangkat sepupu atau anak saudara.
Tiada siapa boleh menyaman SI DURIAN apabila anda yang makan dan kentut anda bau durian...har har har
Itulah sedikit sebanyak tentang makanan yg berduri ini.
Teruskan bersama kami di JomGelakFm
Berhibur sambil Berilmu


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.