-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 15 Oktober 2012

Betul bang saya tak tipu

PEMBACA


PAGI-PAGI lagi saya dah bangun. Betul saya tak tipu, ayam yang selalu tumpang tidur kat depan rumah kita pun saya yang kejutkan. Memang saya dah plan baik, memang plan ni la yang paling terbaik, sejak saya sekolah dulu. Kira kalau jadi plan saya ni kompom akan tercatat dalam buku rekod dunia la.. Betul… saya tak tipu.
Belum pun pukul 6 pagi saya dah standby depan rumah. Brang-barang semua dah siap, list, duit harian campur duit main kutu semua saya dah siapkan. Memang dah betul-betul nak pergi ni. Baru je kaki setapak melangkah saya dengar ada bunyi suara perempuan mintak tolong. “tolong.. tolong!!” sayup dan sayu bunyinya. Mula-mula seram sebab suara tu dating dari rumah Mak Kiah jiran belaka rumah. Umur dah nak masuk 64 tahun pun mengandung lagi. Haaa itu suara dia nak beranak la tu.. Saya sebagai jiran dan pernah memasuki kelab rakan sebaya tiga tahun berturu-turut serta ahli jawatankuasa keceriaan persatuan pandu puteri sekolah merasakan amatlah tidak adil kalau saya tak tolong. Betul… saya tak tipu…
Tanpa menoleh kebelakang dan memikirkan bebanan hutang, saya dgn selamba melantik diri saya sbg bidan dalam acara membidankan Mak Kiah ni. Saya pun apalagi suruh la dia teran. Tolak! Push! Sebijik macam drama kat TV tu sambil menyanyi lagu “Kau Boleh” sebagai pemberi semangat. Last-last selamba jer dia lempang saya dgn alasan saya menyindir perut buncit dia… ooooo mana la saya tau perut dia memang buncit, ingtkan nak beranak tadi.. Tapi saya heran la apasal pulok dia jerit-jerit pagi2, rupa-rupanya masa syok mkn lempeng dia tergigit lidah sendiri.. Betul.. saya tak tipu.
Lepas kena lempang tu.. saya pun terus berjalan dgn muka bersahaja sambil menyisipkan spek hitam didada… ni yg seram ni.. saya nampak ada raksasa. Apa hal pulok menatang ni buat kat sini?? Ke saya dah masuk kealam prbakala? Kompius jugak saya. Org keliling buat rilek je, siap lambai-lambai, jerit macam Nampak Brad Pit Pulok.. Berbekalkan semangat pahlawan yg tinggi saya berlari sambil menjerit dan berubah menjadi hero pujaan ramai Ultraman Taro tapi saying cota hikmat yg saya jumpa masa mengembara kat jepun dulu dah habis bateri dia… lupa nak cas.. Takpe.. saya akan cube lawan jugak.. saya gigit kuku kaki kanan dia bagai nak rak, raksasa tu selamba je senyum kat saya.. Lepas tu saya tgk ada kerusi terbang tepat kat kepala saya. “”CUT!!!” laaaaaa.. diaorg tengah shooting filem rupanya… Betul... saya tak tipu..
Saya pun teruskan lagi perjalanan walaupun diejek dan dimalukan tapi demi tanggungjawab saya teruskan jugak. Ingat dah habis dah penyeksaan saya, tapi rupa-rupanya ada lagi… lagi dahsyat. Saya Nampak kereta, lori, kereta kebal, kapal terbang semua berubah menjadi robot.. besar tuuu. Ada yang keluar api kat tangan, ada keluar bom, bangunan kiri kanan habis hancur. Ada dua puak, yang baik heronya lori yang jahat jet. Perghhh!! Dahsyat tu diaorng gaduh sampai meletup sini sana. Kagumlah saya tengok tapi triba-triba je.. “Ni bukan wayang.. nak tgk kena beli!” laaa saya terlayan TV kat tepi jalan rupanya. Patutlah mcm penah tgk je citer ni.. “Alamak!!!” jerit saya bila lihat jam lagi 12 menet nak ke pukul 5. Berlari saya balik rumah sampai lupa nak beli apa-apa.. Betul…. Saya tak tipu, cenggitulah citer saya bang…
Dah.. dah… tak payah nak mengarut lagi.. Bukan saya tak taw, awak layan telenovela dari pagi sampai petang. Jangan kata nak masak, pegi pasor pun tak.. kita makan luar je lah lagi malem nih.. Ujar suamiku…
Aku hanya mampu tersenyum riang menandakan taktik untuk menyelamatkan diri harini dah Berjaya.. ahaks!!!
Editor Nur.......

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.