-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 17 Oktober 2012

Barack Obama dan isu cincin khalimah Allah

PEMBACA


Sebenarnya saya tak berani nak komen dalam  isu "CINCIN KHALIMAH ALLAH " yang didakwa dan dipakai oleh Barack Obama ini. Apapun terpulang pada pandangan semua pihak untuk menilai samada dari sudut berdiri ataupun diantara dua sujud . Oklah kita tengok petikan artikel ini
Seorang pakar Islamologi asal AS, Mark A Gabriel, setelah beliau meneliti meneliti foto-foto tentang cincin milik Presiden Barack Obama yang kini beredar di internet..... Menurut tafsirannya, cincin yang selalu dikenakan Obama di jari manis tangan kirinya itu benar mempunyai ukiran bermotif kaligrafi lafaz syahadah.

"Saya menyimpulkan bahawa kalimah pertama syahadah terukir di cincin itu," katanya dalam laman World Net Daily (WND).

Jelas beliau lagi, kaligrafi kalimah 'La Ilaha Illallah' pada cincin Obama terbahagi dalam dua bahagian. Di bahagian atas, tertulis huruf Arab, Lam, Alif, Alif, Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut membentuk frasa 'La Ilaha' yang bermaksud 'Tidak Ada Tuhan'.

Lalu pada bahagian bawah, terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa 'Illa Allah' yang bermakna 'Selain Allah'. Jika kedua-dua bahagian tersebut dibaca bersambung maka akan terbentuk kalimah 'La Ilaha Illallah' yang bermakna 'Tiada Tuhan Selain Allah'.

"Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni Islam dan kaligrafi Arab untuk menulis mesej-mesej Al-Quran dalam perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar pas dengan ruang yang ada," ujar Gabriel.

Selain itu, menurut para ahli bahasa Arab dan Islam, Obama dikatakan telah memakai cincin tersebut selama lebih dari 30 tahun. 





Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.