-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 26 September 2012

YA ALLAH! KERANA Kerengga itu........

PEMBACA

Dekat rumah bukan dalam rumah ada sepokok rambutan yang ditanam didepan rumah ,pokoknya yang rendang dan agak tembam dan montok ukuran badannya maklumlah hari hari disiram dengan air longkang yang berada ditepinya..Dah masuk musim buah ini memang lebat buahnya walaupun hujan kurang lebat .

Dari jauh orang akan nampak betapa KUNING dan gebunya buah rambutan itu...hingga ada yang datang meminta untuk merasa ..Oleh kerana ramai yang berminat termasuklah tuan rumah. maka buah buah yang dapat dicapai dengan tangan sudah hilang dari pandangan ,yang tinggal cuma buah buah dibahagian atas 

Pastinya ada 2 cara nak ambil, satu jolok guna galah kedua PANJAT! Tapi biasalah budak budak ni mana dia nak jolok ,lambat dan leceh kata mereka ,lagipun MAKAN DI ATAS POKOK LEBIH SERONOK!! Panjat lah dik........Tak sampai pun 3 minit berada diatas dahan pokok rambutan, KLAM KLIBUT MEREKA LARI TURUN SEMULA sambil meraba raba dalam baju dan seluar ...DISERANG KERENGGA!!! Hahahaha. 

KESIAN melihat mereka termasuk anak anak tuan rumah sendiri...MEMANG SERONOK MAKAN DI ATAS POKOK RAMBUTAN .....lebih segar dan bugar....Petik ngap!Petip Ngap! Sedapnya ....kena pula makan waktu tengahari .....angin kuat FUHHHH!!! 

Keputusan diambil secara drastik......BUANG KERENGGA TERSEBUT!!! 

Kini boleh makan diatas POKOK dengan aman dan damai tanpa gangguan !! Makin ramai PEMINAT NYA LAGI MERIAH ....berkampung diatas pokok rambutan .......TAPI ada syaratnya......SETIAP ORANG AKAN DIIKAT atau dibekal PLASTIK merah untuk buang kulit.....YEELAH !! Depan rumah MESTI BERSIH tak kan dah bagi makan percuma TUAN RUMAH PLAK KENA SAPU KULIT RAMBUTAN!!   

Seminggu pun tak sampai ......maka habislah buah rambutan itu ....maka terbiarlah pokok rambutan itu tanpa penghuni diatasnya buat sementara!!......

TRIBA TRIBA MALAPETAKA pula datang !! Ayam kampung yang memang dah ada reban PULA SEKAMPUNG TIDUR DIATAS POKOK ITU .....Huh!! Sungguh kurang sopan Ayam kampung ini, sudah ditulis notis(AYAM TAK DIBENARKAN TIDUR DISINI!!) pun tak dihiraukannya....Tidur jugak mereka !! Memang ayam ni tak faham apa yang ditulis haha.  
TAK SALAH AYAM TU TIDUR ATAS POKOK .......tapi YANG SALAH BILA AYAM TU BERAK sambil tidur .......penuh taik ayam bertempiaran dibawah pokok..satu pun taik ayam tu TIDAK ada yang ensem semua menyesatkan mata memandang!!!

Pelbagai cara dibuat untuk elakkan ayam tu tidur atas pokok cuma menggunakan bomoh saja belum pernah dicuba haha. Cakap apa saja petua, letak minyak tanah, Spray Ridset semua dah dibuat ,HALAU ayam tu? Magrib kita halau, sebelum Isyak dah ada semula, tak kan tuan rumah nak tidur atas pokok pulok!!! 
MASALAH TETAP TAK SELESAI!! Degil betul ayam ni! Mana tahan setiap pagi kena jadi CLEANER TAIK AYAM ......HUH!!

Pening dengan masalah ayam.....pening lagi bila ADA NASIK TAMBAH SEJENIS "BEBELAN DARI SEISI RUMAH TERMASUK CERAMAH UMUM BERTAJUK-KEBURUKAN TAIK AYAM".....baik membawa diri ke belakang rumah tengok buah MANGGIS !! 
Geram tengok buah maggis yang sudah HITAM BERKILAT ,tak sedar sudah berada ditas pokok .....TAK SAMPAI 2 MINIT!! MELULU TURUN sambil meraba raba dalam baju dan seluar!! HAMPEH KERENGGA NIIII!!! Tempat tempat SULIT JUGA DIGIGITNYA!! 
AH baru teringat!!! INILAH KERENGGA YANG DIPINDAHKAN DARI POKOK RAMBUTAN DEPAN RUMAH TEMPOH HARI.......  

YA!! Idea datang....pindahkan lagi KERENGGA INI KERUMAH ASAL MEREKA ......Kesian keluarga kerengga .....asyik pindah rumah!! 

2 hari selepas itu......MEMANG BERSIH BAWAH POKOK ITU....AYAM TAK MENUMPANG TIDUR DAH!! YESSSSSSSS!!! BARU TAHU AYAM TAK BOLEH TIDUR KERANA ADA KERENGGA.......Hahaha

TERDETIK TERFIKIR ......Itulah kelebihan KERENGGA .......dan ALLAH JUGA LEBIH MENGETAHUI DAN SEBAIK BAIK PENCIPTA cuma kita TIDAK SEDAR DAN LALAI..........Syukur pada mu Ya Allah!! 

Photobucket

1 Mesej diterima:

ahahahhh ,kerengga kadang2 berguna gak eh,tapi bila dia serang perghhh sakit siot.

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.