-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 26 September 2012

DRAMA KEMETOT- Salah sangka

PEMBACA

Pagi esoknya didepan rumah HAJI SAMEON ......

" CELAKA MANA PULOK CURI TONG SAMPAH AKU NI!!! Macam lah tak ada benda lain nak curik..tong sampah pun nak dikebasnya !! " Bebel dan ceramah umum Haji Sameon seorang diri sambil menggalas dua beg sampah. TERMENUNG SEKETIKA Haji Sameon akan kehilangan tong sampahnya....TAK KAN NAK REPORT POLIS?? 
"Mahaaaaaaaaaaaaa........" Belum habis nama isteri Haji Sameon disebut, dia ternampak seseorang SEDANG MEMBAWA TONG SAMPAH diatas motor. Sepantas kilat Haji Sameon berlari mendapatkan motor .....Tanpa sempat memberikan signal dia terus memecut mengejar MANUSIA yang membawa tong sampah didepannya......

Dengan garang Haji Sameon menghimpit motor mamat tong sampah tu ketepi  SAMBIL MENENDANG! ...DENGAN SEKALI TENDANG MAMAT TU TERJATUH !! Tanpa rasa bersalah dan DEK KERANA MARAH  TONG SAMPAHNYA DICURI  HAJI SAMEON TERUS MELAKUKAN AKSI KURANG SOPAN SEPERTI MENYEPAK DAN MEMUKUL MAMAT ITU YANG SEDANG MENAHAN SAKIT KERANA TERJATUH! 

SETELAH PUAS HATI, HAJI SAMEON AMBIL TONG SAMPAH DAN BERLALU PERGI DENGAN MOTORNYA ....MENINGGALKAN MAMAT ITU YANG KESAKITAN DALAM ''KEHAIRANAN DENGAN APA YANG TERJADI".

"EH! ABANG RAJIN PULOK BUANG SAMPAH PAGI PAGI NI, KAN ADA LORI AMBIL ESOK ". Tanya isterinya Mahani yang pelik melihat suaminya turun dari motor bersama tong sampah. 
" BUANG SAMPAH APANYA......AKU baru dapat ambil tong sampah ni dari pencurik tadi, PUAS HATI AKU BELASAH DIA ,KALAU YE PUN CARILAH BENDA LAIN NAK CURIK NI TONG SAMPAH ". CERAMAH Haji Sameon pada Isterinya sambil membelik belik tong sampah.

"EH!! SEKEJAB? ....Jawab Isterinya sambil melulu lari ke belakang rumah membiarkan Haji Sameon yang membelik motornya pula takut ada LUKA PARAH  pada warna akibat tercalar SEMASA AKSInya tadi. 
"ABANGGGGGG!! NI kan tong sampah KITA!!! Kan ABANG  yang BASUH SEMALAM LETAK KAT BELAKANG" . JERIT ISTERINYA MENYEBABKAN HAJI SAMEON TERLEPAS DARI MEMEGANG MOTORNYA yang tidak ditongkat!!! 
HAJI SAMEON TERMENUNG....DIAM ....... Raut wajahnya BERUBAH ................

SEHARI SEBELUM KEJADIAN

" MAK! Esok orang nak pinjam tong sampah ni nak ambil nenas kat kebun. " Beritahu Ramli pada emaknya suatu petang sambil bermain dam ular dengan emaknya.
" Eh! Raga buah kan ada lagi, dah boleh pungut hasil ke Lie ". Tanya emaknya  sambil baling buah dam......
"Raga tu besar sangatlah mak,lagipun hasilnya baru nak mula ,guna tong sampah dululah." Jawab Ramli sambil terkedu tengok langkah emaknya maju 3 tapak didepan. 
" Gunalah tapi basuhlah dulu". Jawab emaknya sambil senyum kerana berjaya potong Ramli dalam permainan dam ular tanpa perlu menggunakan seekorpun ular haha. 


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.