-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 11 Ogos 2012

DRAMA RAYA -RAHMATI Rohnya

PEMBACA
IKLAN PENAJA



Lancaster London (Moneral Memories Home ) 


"Seminggu lagi kita nak raya, Sue tengok abang asyik termenung saja kenapa ya". Soal Isterinya runsing memikirkan keadaan suaminya yang lebih banyak bermenung dari merenung  sejak bermula ramadan. 
" Saya rindu pada keluarga....." Balas suami sedih sungul dan monggol.
" Sue pun rindu mereka ,DAH HAMPIR 3 tahun kita disini,mesti Abi dan Umie rindukan kita bang. " Pujuk Isteri sambil membuang taik mata dipagi buta itu lalu diselitkan pada baju suaminya,nasib baik suaminya tak prasan.
" Kita balik nak sayang?". Soal Suaminya penuh harapan.
"Sue ikut saja lagipun Sue kesian pada kedua anak kita, Mira dan Afiq yang masih belum kenal atuk dan opah mereka". Luahan si isteri sedih.
" Tak sabar rasanya nak balik Sue, dah 3 tahun kita beraya disini ,beraya dalam keadaan sedih hambar dan hampa . Petang ni juga balik dari ofis abang beli tiket bas ". Jawab suami dengan girang cemerlang dan terbilang
" Abangggg....Sempat lagi nak buat lawak, tak kan nak balik Malaysia  naik bas  cepat Express " Marah isteri dengan geram.
"Miahahaha....Ingatkan boleh ".

Tiga hari sebelum raya.

" Mama, kemas kemas ni kita nak pergi kemana". Tanya Mira anak sulung mereka sambil melayan adiknya bermain congkak dalam rumah.
" Kita nak balik Malaysia,jumpa Atuk dan Opah " Isteri menerangkan sambil melipat baju kurung dan baju melayu yang dibeli khas untuk mertuanya.
" Ha! Atuk dan Opah tu siapa Mama, kawan Papa ke?". Tanya si anak menyebabkan isteri tiba tiba sebak dan hampir terdiam.
"Bukan sayang, Atuk dan Opah tu Ayah dan  ibu yang melahirkan  Papa macam mama lahirkan kamu berdua". Isteri menerangkan dengan tenang
" AIKkkkk....Nenek dan Atuk yang kita selalu jumpa di Sarawak tu siapa pula ,tak sama ke Mama" Soal anak lagi mahukan kepastian .
" Itu Ayah dan ibu Mama sayang...cepat tolong mama kemas barang ni ".

Dua hari sebelum raya.

"Alhamdulillah sayang, pagi tadi i sempat bercakap dengan Umie ,mereka benar benar rindukan keluarga kita ,Umie tak marah lagi ,terharu campur gembira abang dengan semua ni...lama abang namtikan saat ni, abang nak mohon ampun dan maaf pada Umie dan Abi ...." Suami menangis sedih.
"Syukurlah bang.. Sue pun rindukan semua tu, memang hidup kita KOSONG selama ni ,walaupun kita ada segalanya  tapi tetap juga kosong ,kita perlukan keberkatan Abi dan Umie untuk perkahwinan kita". Isteri turut menangis secara berjemaah bersama suami .
" Itulah sayang,nasib baik En. Aman Damai Sentosa sudi uruskan segalanya disana ,walaupun dia bekas bos jahat Abang tapi dia tetap baik..rupanya Boss banyak bantu Umie tunjukkan gambar keluarga kita dalam diam diam". Suami menerangkan .
"Syukur bang, Sue pun nak minta maaf pada Abang Long ". 
" Tak sabar abang nak rasa KETUPAT RENDANG Umie, pergi solat raya pimpin tangan Abi ....benar benar tak sabar Sue".   


SEHARI SEBELUM RAYA

PENERBANGAN DARI LONDON HEATHROW TERMINAL 4 MENUJU KE  KLIA MALAYSIA 


PAGI RAYA.......

SEMOGA ROH MEREKA DIRAHMATI 


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.