-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 13 Ogos 2012

DRAMA Rahmati Rohnya -SURAH YASIN

PEMBACA

ALLAH MEMBERIKAN KITA PETUNJUK ....

AMRI sudah lama merantau di ibu kota dan setiap kali menjelang raya,Amri akan pastikan tiket bas dibeli awal . Cuma itu saja pengangkutan awam yang dapat menemukan Amri dengan keluarga tersayang dikampung. 
 Kini tinggal seminggu lagi menjelang raya,Amri sudah berbelanja membeli beberapa pasang pakaian untuk emak,Abah dan adik adiknya dikampung. Tetapi Amri sendiri merasakan kelainan ,tahun ni boleh dikatakan semua pakaian yang dibeli untuk ahli keluarganya  berwarna putih ,entah kenapa ...Amri tiba tiba merasakan warna putih amat cantik dan menarik pada pandangan matanya walaupun dia gemar warna hijau. Bagi baju melayu Amri sendiri pula dia memilih warna HITAM walaupun gelodak hatinya tidak menyukai warna hitam, tetapi semacam ada sesuatu yang memaksa Amri untuk menukar selera .......
Esok kemungkinan Raya, Amri sudah sedia menanti bas Express dengan segala beg yang penuh berisi pakaian baru dan lama . Tiket bas yang dibelinya 3 minggu dulu digenggam erat sambil memerhatikan orang ramai yang sudah mula berpusu pusu untuk menuju ke destinasi masing masing. 
"Nak balik  mana anak". Tiba tiba Pakcik tua menyapa Amri .
" Pasir Mas Kelantan Pakcik. " 
"Tempat orang kaya tu ,pasir pun Mas haha". Pakcik cuba buat lawak untuk menghilangkan resah menanti Bas yang masih belum tiba. 
"Hahaha,Pak cik pula" Ketawa Amri malam itu setelah sebulan dua ni jiwa dia tak tenang dan sentiasa cemas dan berdebar debar.
" Pakcik nak balik tempat penternakan Badak dalam Gua haha..Gua Badak  Lenggong Perak". Jawab Pakcik tu sambil mengeluarkan sesuatu dalam begnya. 
"Nah ! Sambil nak balik malam raya ni,kamu bacalah Yasin ni dalam bas,smoga kita SELAMAT SAMPAI ......". Pak Cik itu menyerahkan senaskah Yasin pada Amri . 
"Oh! Terima kasih Pakcik Amin!! Semoga Pakcik pun selamat sampai ". Jawab Amri sambil menyimpan surah Yasin dalam poket baju melayu yang dipakainya malam itu.Baju melayu inilah baju raya Amri tahun lepas berwarna hijau gelap. Amri memerhatikan gelagat Pakcik tadi yang terus menyapa orang ramai disitu dan menghulurkan sesuatu yang diketahuinya .SURAH YASIN!.
Dalam Bas yang dinaiki Amri, Amri melihat sekeliling para penumpang, ada yang sudah berkeluarga, ada yang sendiri dan ada juga kaum lain iaitu India yang duduk dibahagian belakang. TETAPI tidak seperti sebelumnya,suasana dalam bas itu amat mendamaikan dan sunyi sepi ,masing masing MURAH SENYUMAN tanpa perlu berkata kata untuk menyapa. Amri duduk bersebelahan dengan seorang kanak kanak yang asyik tidur sambil memeluk  erat kotak kasut. 
Perjalanan untuk pulang kekampung sudah bermula,masing masing melayan rasa BERBUNGA UNTUK PULANG BERTEMU keluarga tersayang,masing masing tak sabar nak sampai ke destinasi,masing masing membawa hati berbunga bunga .......

MALANGNYA....Allah Hu Akbar!!! 

DUMMMMMMMMMMMMM!!!!!!! Api marak dengan cepat dan memusnahkan hampir keseluruhan Bas Express . Bomba yang tiba ditempat kejadian pada pukul 2.45 pagi itu tidak mampu berbuat apa apa.....

PASIR MAS,Kelantan ..... 10 minit sebelum Azan Subuh!

"Assalamuaikum ...Mak ...buka pintu ni, Amri balik". Keheningan syahdu subuh itu menjadi ceria seketika kerana seisi keluarga menyambut kepulangan anak sulung mereka. Tangisan air mata gembira dapat dilihat pada wajah anak anak , emak dan abah. 
"Syukurlah Amri selamat pulang,dah masuk waktu ni ,mak dan abah nak solat subuh dulu...jangan makan banyak sangat dodol tu Amri,nanti tak larat nak solat ". Pesan emak pada anaknya si Amri yang asyik menikmati dodol kegemarannya..........  

Tapi HAKIKATNYA

'BEGITULAH RUTIN YANG BERLAKU PADA SETIAP SUBUH RAYA, sekeluarga cuma mampu menatap hiba, cuma mampu berkhayal yang ARWAH AMRI akan balik ke rumah dengan selamat. Beg dan beberapa bungkusan pakaian milik arwah  yang diambil dari bilik mayat setahun yang lalu masih disimpan sebagai satu KENANGAN ABADI"...... 

Hati hatilah PULANG BERAYA.........

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.