-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 25 Jun 2012

SKETSA KANTOI 3 dalam 1

PEMBACA


Sketsa 1. 
Pak Muis ialah seorang (bukan duaorang) Ketua Kampung yang suka menternak burung dan menyapu halaman rumah. Setiap hari sebelum beliau melawat kampung, mesti Pak Muis akan bermain main dengan burung kesayangannya untuk mendapatkan KETENANGAN MINDA terutama dengan seekor burung kesayangan Pak Muis ialah - "Jiblato" iaitu sejenis burung Tekukur yang asalnya dari kukur kelapa miahaha. Nak dibuat cerita satu pagi Jiblato hilang ,yang tinggal cuma kukur kelapa dengan sebijik kelapa sahaja. Pak Muis amat sedih dan mula syak wasangka mesti Jiblato telah dicuri orang dan Pak Muis amat yakin Jiblato memang dicuri orang mustahil BUAYA yang mencuri burungnya. 
Puas mencari disegenap pelusuk dan rusuk kampung,tak juga Pak Muis jumpa burungnya, Seminggu selepas itu satu Mes surat Tergempar  diadakan didewan orang ramai kerana Pak Muis mahu memberi Duit RM500 kepada sesiapa yang berjaya dapatkan burung kesayanganya .
Maka kerkatalah Pak Muis kepada penduduk kampungnya - "Tuan puan, burung kesayangan aku telah hilang pagi semalam ,jika siapa pernah lihat burung aku sila berdiri".
TIDAK SEMENA MENA MAKA BANGUNLAH ISTERI Pak Muis dan Cik Kiah Bondon serentak sambil tunduk maluuu ! Miahahahaha, KANTOI PAk MUIS kali niiiiiiiii 

Sketsa 2.

Pada suatu pagi yg indah, bertanya si isteri pd si suami, ''Abang cuba u tgk jiran kita si Sam tu yg baru pindah?'' ''kenapa lak?'' suami bertanya.. ''yelah saya tgk tetiap pagi sebelum pergi kerja dia akan cium isterinya... Bila balik kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar.. Loving kapel betullah mereka.. Kenapa u tak buat cenggitu?'' dengan selamba gadak si suami berkata.. ''Nak mampus...! Mana I kenal isteri dia?'' 
ehh! Pulok!! Ahaks!

Sketsa 3.

Suatu hari sdg Rmanz dan Zura (bukan nama samaran) minum teh dan milo es tabo serta roti canai berperisa kuehteow tomyam kegemaran mereka digerai Mamak Hasan Rani yg biasa dikunjunginya, tiba2 mamak gerai tersebut bersorak gumbira dan terus dtg kpd mereka.. 'apa yg kamu suka sgt ni mamak?' Tnya Rmanz.. 'saya bini juga sura yindia mari' kata mamak yg bernama krish khan.. Erk... 'apa dia ckp? Tentu gud news..' Zura plak tetiba menyampok.. 'Dlm dia punya surat ada shakap sudah beranak.. New baby! Ayo.. Saya byk shuka hati la... Saya belanja awak free minum jugak!' dgn tersengih2 badak sebab dpt mkn free haritu, Rmanz mengucapkan tahniah kdp mamak itu.. 'Ini kena balik India cepat ni' mamak tu dgn riang ria mcm Astro Ria menjawab.. 'ya la, saya sudah 3 tahun tara balik juga'... Rmanz dan Zura terkejut beruk.. Beruk pon tak terkejut cenggitu... 'Lerrrrr..?? Kalau 3 taun tarak balik itu anak sape juga???? Adeh...'
miahahahaha! Toink toink!

FAKTA MENARIK

-Tahukah anda??
Cengkadak hanya mempunyai satu telinga?Tetapi cucur badak memang tiada telinga miahahaha.

- Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya, Tapi walaubagaimanapun org yg kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar..dan YAKINLAH BAHAWA TENGGILING TIDAK PERNAH KENA TEMPELENG MAHUPUN MAKAN LEMPENG miahaha

By- Editor Nur 


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.