-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 22 Jun 2012

Awas Bahaya - KERANAMU CERMIN

PEMBACA
Tak payah ditunjukkan rupa bentuknya,semua kenal dan tahu CERMIN kan? Kecualilah YASMIN mungkin ada yang tidak kenal hahaha. 

Kita pergi kepada Fakta dulu.

" CERMIN MATA tidak boleh digunakan untuk merakamkan rupa bentuk diri  kita bagi membolehkan kita bersolek mahupun bergaya depan cermin, tetapi cermin mata dapat mencantikkan solekan wajah dan dapat membuatkan kita bergaya"
  

FAKTA SEJARAH 

" Ada sorang Pakcik bercerita, pada zaman dahulukala tak tahulah pakcik ni tipu ke tidak, sebab Pakcik ni dapat cerita ni pun dari Pakcik dia juga hahaha Katanya,  Cermin digunakan oleh kapal kapal Perang Cina untuk menakutkan musuh dengan BERLAGAK seolah olah ASKAR MEREKA RAMAI gilerrr miahahaha"

TIPS 

- UNTUK MENCANTIKAN DAN MENGILATKAN CERMIN MATA, kita boleh gunakan minyak rambut tak kisahlah jenama apa asalkan jangan minyak masak atau minyak  kereta!. 

- UNTUK CERMIN kereta atau cermin rumah- Selalunya orang menggunakan kertas surat kabar untuk mengilat atau membersihkan cermin, cuma jarang jarang sekali orang menggunakan surat cinta,surat saman untuk membersihkan cermin hahahaha.

Tetapi TERDAPAT SATU teknik yang dapat menjadikan cermin berkilat dan tidak mudah berabuk iaitu dengan mencampurkan sedikit cuka pada air yang hendak digunakan untuk membersihkannya, JANGAN GUNAKAN KAIN YANG BERBULU kerana ini lebih menyukarkan   proses pengkilatan cermin kita. 

Untuk pengguna yang terperangkap dalam hujan dan KEBETULAN air-cond kereta pula SUDAH PENCEN  dari menjalankan tugas, kamu boleh gunakan Minyak rambut atau shampoo untuk mengelakkan kabut atau JEREBU secara semulajadi dalam kereta miahahaha!

 JIKA KAMU BOSAN, bolehlah "kenakan" seseorang terutama Tokey kedai Aksesori kereta dengan menggunakan AYAT INI 

"Tokey, kasi tintet cermin mata saya ni boleh? Tak pun ...."Tintet cermin sisi motor ni yang dapat menghalang sinar U/V .......Selepas keluarkan dialog itu, larilah selaju yang mungkin hahahahaha

ZAMAN SEMAKIN CANGGIH ....Mungkin info dibawah ni berguna untuk gadis gadis (Tiada lagi lelaki kena INTAI kalau ada pun jarang atau KAD dang Kad dang )  Aktiviti SKODENG atau intai  dan rakam banyak berlaku terutama dalam tandas Awam kecuali Bas Awam atau diatas awan. Cermin DUA ALAM biasanya akan digunakan untuk menjalankan TEBIAT nakal ini, Tips untuk KITA ELAK kan berlakunya kamu boleh lakukan begini.

1. sentuhkan  jari telunjuk anda di permukaan cermin yang ada didepanmu.
2. Amati hujung kuku jari anda dengan bayangan yang dihasilkan oleh cermin tersebut.
3. Apakah hujung kuku jari anda dengan bayangannya terdapat gap/jarak beberapa milimeter atau malah saling rapat atara satu sama lain.
4. Jika hujung kuku jari anda dengan bayangannya dipisahkan jarak beberapa millimeter (Bergantung ketebalan kacanya) bererti itu adalah cermin biasa.
5. Jika hujung kuku jari anda dengan bayangannya saling rapat antara satu sama lain bererti itu adalah cermin  pandang tembus, sebaiknya anda segera tinggalkan ruangan tersebut untuk mengelak dari mata-mata yang mengintai  anda.
Di bawah ini saya kasih contoh perbezaan cermin biasa dengan cermin pandang tembus :



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.