-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 17 Mei 2012

BAHASA MELAYU DI KHILAF?

PEMBACA

Jika kita perasan banyak ayat dalam bahasa kita agak pelik dan janggal bunyinya ,jika dikaji secara suka rela ianya MENJADI LUCU...Perhatikan contoh dibawah

- Seorang pemandu lori cedera patah kaki dan telinga  dalam kemalangan petang tadi setelah bertembung dengan sebuah bas , pemandu tersebut kemudiannya dikejarkan ke Hospital oleh orang ramai yang prihatin. 
(Menjadi lucu kerana menurut laporan berita diatas, PEMANDU ITU DIKEJARKAN KE HOSPITAL OLEH ORANG RAMAI -Bayangkan dah la pemandu itu patah kaki,terpaksalah dia berlari akibat dikejar oleh orang ramai ke Hospital hahahaha)

- Tiba tiba seorang mekanik kereta disapa oleh En. Mustafa seorang jurujual Komputer.
"Bang, kalau enjin saya rosak, boleh tolong baiki tak?" En. Mustafa bertanya
" Boleh, bawa sinilah kereta awak tu nanti saya tengok! Jawab Mekanik
" Saya dah bawa bang, ni ha? Jawab En. Mustafa sambil menunjukkan laptop
" Eh! Mana saya pandai baiki benda ni?" Mekanik menjawab dengan hairan.
" Tak kan tak boleh bang, abang kata tadi boleh baiki enjin rosak? Ini ENJIN CARIAN INTERNET saya rosak, mana tahu boleh overhoul ke apa ke......hahaha


- "Encik, belila jam ni murah saja, , saya jual RM100 saja". Pujuk Mat Afrika sambil gulung tikar tapi tunjukkan jam untuk dijual.
" RM100 jam ko ni, HUH mahal! Kata Ismail geleng kepala.
" Original ni, mana nak dapat harga  jam macam ni "Pujuk Mat Afrika sambil keluarkan Saterika tetapi tetap mahu jual jam juga.
" HUH! AKU KATA KO JUAL MAHAL LA, AKU JUMPA HARGA JAM LAGI MURAH ,KO TENGOK KAT HUJUNG TU, yang ada signbord tu dia tulis "SATU JAM RM1.50?= Kata Ismail sambil tunjukkan tempat parking kereta ......


- ORANG YANG BERNAMA RAHIM pada kita normal dan tidak ada apa apa, tetapi AKAN JADI TIDAK NORMAL bagi orang yang bernama RAHIM JIKA BERLAKU seperti kejadian dibawah.
" Ini alat siapa TERTINGGAL dalam Makmal ni semalam?". Tanya cikgu Suliza kepada muridnya .
"ALAT RAHIM cikgu!!! Jawab seorang murid sambil tunjukkan jarinya pada RAHIM Bin Mahat yang juga rakan sekelasnya . 





0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.