-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 1 September 2011

DRAMA SIRI 1- KERANAMU BAS CEPAT EXPRESS

PEMBACA

“ Maafkan saya Makcik !! ni tempat duduk saya, cuba tengok nombor ni..” Tanya seorang gadis sambil menunjukkan nombor tempat duduk.
“ Makcik pun minta maaf juga nak..sebenarnya anak makcik ni..tak nak duduk sorang..lagipun dia demam hari ni, boleh tak anak tukar tempat dengan makcik”. Jawab Makcik dengan jujur sambil korek idung anaknya yang nyenyak tidur.
“ Tak pelah makcik..saya tak kisah sangat..”. Jawab Gadis tersebut sambil senyum dan beredar ke kerusi belakang sambil mencari-cari tempat duduk yang kosong.
“ Encik..Ada orang tak disini..”. Tanya Gadis itu setelah diperhatikan tiada tempat duduk kosong yang lain kecuali disebelah seorang pemuda yang dari tadi sibuk memeriksa cermin tingkap bas..
“Eh!! Kosong kot..” Jawab pemuda tersebut yang serta merta terberenti aktivinya memeriksa cermin tingkap bas akibat disapa oleh gadis tersebut. Baju sejuk nya dialihkan segera untuk memberi gadis itu duduk.
“Terima kasih”. Jawab gadis tersebut sambil meletakkan beg dan duduk dengan penuh tamakninah diiringi dengan kesopanan dan kesusilaan.
“ PERHATIAN SEMUA!! BAS DAH MULA NAK BERGERAK..JADI SEBAIKNYA KITA MULAKAN PERJALANAN KITA DENGAN BISMILLAH..DAH SAMPAI NANTI..SEBUTLAH ALHAMDULILLAH”.. SUARA PEMANDU BAS TIBA-TIBA DILONTARKAN KEPADA SEMUA PARA PENUMPANG.
“ Oi..Mat Wie! Bukak la Helmet ko tu..kita naik bas bukan naik motor” Suara penumpang yang duduk didepan gadis dan pemuda tadi mula bersuara.
“Isk..keselamatan ni la..Mak aku pesan..pakai helmet bila naik apa jua kenDERAan kalau ko tak nak ceDERA ataupun di DERA diatas jalan secara percuma”. Jawab rakan sebelahnya yang baru 2 jam lepas membeli Helmet Fullface Jenama Fumakila.
“ Saya tengok tadi awak tengok-tengok cermin tingkap bas ni..kenapa? ada masalah ke dengan cermin tu? Tiba-tiba Gadis itu bersuara pada pemuda tersebut.
“He..he..he..tak de pelah..” Jawab Pemuda itu malu-malu badak sambil senyum penuh penipuan dan kesangsian.
“Pulakkkkk..kalau ada apa-apa baik awak cakap..manalah tahukan..” Gadis tu terus bertanya untuk mendapatkan jawapan.
“Er..er..sebenornye ni pertama kali saya naik bas..macam-macam cite saya dengor..jadi kan..saya tengok-tengoklah cermin ni..kot tak kemas ke..nak tertanggal ke..adeh..” Jawab pemuda itu sambil tunduk melihat lantai.
“Ah!! Kenapa awak tak periksa tayar,enjin sekali..hahahaha..”. Tanya gadis itu pula
“Eh!! Dah..sebelum naik tadi saya dah sepak semua tayar bas..hasilnya kaki saya sakit..maknanya tayar tu keras la”Pemuda itu jawab menyebabkan gadis itu terkedu, terkulat dan tertelan air liur kerana takut..mungkinkah…..mungkinkah..
Sambung Siri 2.
BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET?
SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI..

EJEN INTERNET STREAMYX,UNIFI, CELCOM BROADBAND

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.