-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 13 September 2011

DRAMA BAB AKHIR- KERANAMU BAS CEPAT EXPRESS.....

PEMBACA

Menggunakan ayat SAMBIL..bukan sambal..hehe..


“Jauh juga kan perjalanan kita nak ke kelompu tu” Jawab gadis itu sambil gerakkan hidung dan telinga serentak..toink!!toink!
“ Memang la..sengaja dijauhkan untuk panjangkan drama ni..siap la ko Fazrin!! adeh!! “ Jawab pemuda itu pula sambil kelip-kelip mata.
“ U dapat kerja kat mana sebenarnya..manalah tahu I terjalan ketempat u..leh juga jumpa kan.” Tanya pemuda tu sambil cucuk jarum..nak ayat le tu
“ KEKOMSYAZONE Computer Sdn Bhd..kat jalan Jomgelak..you tau ke”. Tanya gadis itu pula sambil tunjukkan surat tawaran.
“ Oooo..pernah dengar nama syarikat tu..Hahahaha” Jawab pemuda tu sambil tengok dan hafal surat tawaran tersebut.
“ Gelak pulak..u pula kerja kat mana sebenarnya..” Tanya pula gadis tersebut sambil simpan surat tawaran.
“TAHNIAH!! Suka sebenarnya..ala..i keje biasa je..kat sekitar KL gak la..nanti u tau lah” Jawab pemuda tu sambil bangun untuk menggeliat..adeh!
“ Terima kasih..itupun nak rahsia..yelah..” Jawab gadis tu sambil merajuk .
“ Hahaha”. Pemuda itu cuma ketawa sambil senyum.
“Pak cik kenapa tak berenti masa Mamat tu tahan bas tadi”. Tiba-tiba budak yang demam tu bertanya pada pemandu Bas sambil jeling ibunya yang tidur ditutupi langsir bas.
“ Isk..mana boleh berenti dik..ni bas express ..mana boleh berenti sebarangan”. Jawab pemandu bas itu sambil makan coki-coki .
“ OOO..cenggitu rupanye..” Jawab budak itu sambil tutup idung kerana menahan bau kentut emaknya yang berjaya kentut sambil tidur tanpa gula.

Suasana dalam bas kembali sunyi apabila masing-masing tidur dengan gaya tersendiri kecuali pemandu bas ..hehehe.
“ KRING!! KRING!! KECEBUM!! DUSHH!!DUSH!!TOINK!!TOINK!! Tiba tiba bunyi panggilan telefon yang menyebabkan hampir semua penumpang melihat telefon masing-masing dalam keadaaan mamai..
“ Iskkkkkkkk..sapa pulak telefon aku ni..tk pernah tengok la nombor ni..cuba ko tengok ni Man? Tanya Wan Rockers Guitaris sambil tunjuk pada Rosman yang masih tidur-tidur mimpi ayam.
“Adola..dari pada ko dok tertanya-tanya sapa ni..sapa ni..baik ko jawab Wan..peh tu barulah ko tanya siapa!”..Marah Rosman sambil sambung dengar lagi Michael Jackon.
 “ Hello..hello..apalah orang ni telefon tak mo cakap”. Tiba-tiba Makcik tadi marah-marah sambil tidur tanpa disedari bukan telefonnya yang berbunyi..

“Selamat sampai pun kita kan..Alhamdulillah..TERIMA KASIH PADA SEMUA PENUMPANG ..SILA PASTIKAN TIADA BARANGAN ANDA DITINGGALKAN DALAM BAS..SAMPAH TU KUTIP SEKALI TAU..INGATLAH..KEBERSIHAN ITU BERMULA DARI HATI YANG LUHUR..INGAT TU..ingattttttttttttttttlahh!! “ TIBA-TIBA SUARA PEMANDU BAS KEDENGARAN UNTUK KALI TERAKHIR..

“ Dah sampai pun kita ni kan..banyak kisah menarik sepanjang perjalanan hari ni kan..sedih pula rasanya..” Sambil memegang beg gadis tersebut berkata pada pemuda itu dengan senyum-senyum.
“Jalan pelan-pelan nak..jangan asyik nak berlari je..karang kantoi pula mak tipu kata ko demam tadi..” Pesan  Makcik itu pada anaknya sambil menjeling pada gadis dan pemuda itu.
“ Kami dah sampai KL Kak Long..suspek sedang berbual dengan mesra tu..Farah masih memantau ni” Beritahu Farah Hanis pada kakaknya sambil menggunakan telefon berbentuk cermin mata gelap..bukan cermin kete tau!
“ Awak mula bertugas bila? “ Tanya pemuda itu sambil memerhati gelagat Rosman dan Wan Rockers sedang menyanyi lagu Nano nano ditepi tayar bas.
“ Isnin ni ..Oklah Wak..saya minta diri dulu..terima kasih sudi temankan saya sepanjang perjalanan ni..Ada rezeki kita jumpa lagi..” Gadis itu berkata sambil menahan sebak dan berdebor-debor..kuat beno power dukun pasir ni..
“ Nanti jumpa lah tu..saya pun..maaflah jika ada terkasar ye..pergilah ..tu macam sedara awak dah tunggu tu” Kata pemuda itu sambil senyum..cit!!
“ Okies..saya pun sama..saya pergi dulu ye..bye”.. Kata gadis itu sambil berlalu pergi meninggalkan pemuda itu KESEORANGAN …tanpa teman..tanpa siapa disisi…walau hakikatnya dia ramai kawan...adeh..tersedih lak… Setelah agak lama..pemuda itupun berlalu pergi ke destinasinya sambil jalan tunduk kebawah..(mana de orang tunduk ke atas..ye tak? Hehehehe)

PAGI ISNIN….Tepat 10 pagi..
“SELAMAT PAGI TUAN..SAYA SITI EDAYU SULAIMAN MELAPORKAN DIRI UNTUK MULA BERTUGAS” ..Kata gadis itu dengan sopan pada bos barunya yang berselindung disebalik kerusi …..
KAN SAYA DAH KATA..KITA JUMPA JUGA EDA..WELCOME TO MY OFFICE..” KATA PEMUDA ITU SAMBIL SENYUM…..
“AWAKK……….Ya Allah!! ”Gadis itu kembali teringat pada PEMUDA yang bersamanya DALAM BAS CEPAT EXPRESSS…….

TAMAT!!. 


BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI..
 

KLIK SINI UNTUK DAFTAR
 

KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARA

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.