-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 5 Ogos 2011

12 Barisan Manusia Di Padang Masyar

PEMBACA
Diberitakan, ada semacam 12 barisan manusia di Padang Masyar kelak, yang masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.

Barisan pertama, diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati orang lain.

Barisan ke-2, diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Mereka itu ialah orang yang ketikahidupnya meringankan solat.

Barisan ke-3, diiring dari kubur berbentuk keldai,perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat.

Barisan ke-4, diiring dari kubur dengankeadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli.

Barisan ke-5, diiring dari kubur dengan bau busuk. Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan maksiat takut diketahui manusia, tetapi tidak pula takut kepada Allah.

Barisan ke-6, diiring dari kubur dengan kepalamereka terputus dari badan. Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7, diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, termasuk dua kalimah syahadah.

Barisan ke-8, diiring dari kubur dalam keadaanterbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Mereka ialah orang yang berzina.

Barisan ke-9, diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram.

Barisan ke-10, diiring dari kubur mereka dalamkeadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta. Mereka ialah orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

Barisan ke-11, diiring dari kubur mereka denganberkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduklembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut sertakeluar beraneka kotoran. Mereka ialah orang yang minum arak.

Barisan ke-12, mereka diiring dari kubur denganwajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.

Wallahualam..


sinacmusic

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.