-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 7 Julai 2011

2 Cerita Malam Jumaat

PEMBACA














Cerita 1
Mat baru balik dari surau, dengar sharahan ugama. Guru kata, sekali kita "bersama" dengan isteri kita malam Jumaat, macam kita bunuh sorang kapir dalam perang fi-sabilillah. Mat dengan bersemangat balik memberitahu isterinya, Kiah. Kiah mengangguk-angguk tanda faham. Jam dah pukul 10.00 malam. Che Mat bersuara,"Eh malam ni malam Jumaat kan Kiah. Jom kita bunoh kapir." Kiah mengangguk. Mereka terus masuk bilik. Setelah membunoh seorang kapir, mereka tertidur keletihan. Jam 1.30 pagi,Mat terjaga. Melihat kiah masih tidur, Mat mengejutkannya,"Kiah..Kiah,
jom kita bunoh sorang lagi kapir." Maka sorang lagi kapir dibunoh. Pukul 3.30 pagi, sorang kapir lagi dibunoh... hebat tu. Dah 3 orang kapir dibunoh, Mat terus tertidur mati. Jam 5.00 Kiah
terjaga. Kiah terpikir,"Orang yang ajak bunoh kapir, tentu banyak lagi pahala." Lalu Kiah terus mengejutkan Mat. "Abang.. bang, jom kita bunoh sorang lagi kapir sebelum suboh ni.." Mat terus terlentok keletihan. Kiah terus mengajaknya bunoh kapir. Lama-lama Mat pun bangun sambil menggaru-garu kepala. Nak buat macamana. Kiah dah ajak. Hati kecil berbisik, "Kalau macam ni, bukan kapir saja yang mampos, aku pun boleh mampos". Meskipun perjuangan kian lemah, Mat dan Kiah berjaya membunoh seorang lagi kapir sebelum suboh
menjelang..........
Ni bagi yang dah kahwin je, yg belum kawin tu, jangan tunggu lama-lama, wakakaka


Cerita 2
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran
paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya
yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
“Tak boleh bang. Sebab anak-anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidurkan mereka dulu.”
“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran”
balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan
songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia
untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM”
“Bang…!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa
khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHUL’AZEEM “
Tu la dahsyatnya malam Jumaat..


Dari meje Leptop Penulis,
sinacmusic


1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.