-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 6 Julai 2011

Pantun Lawak: Wakaka

PEMBACA

Lebuhraya kota bersegi,

tempat dating dara teruna,

hodohnya ketawa org tak b'gigi,

Ibarat kota tiada kubunya.


Padi huma di bukit tinggi,

tiba musim ia dibajak,

melihat sang bangau sakit gigi,

gelak terbahak penghulu katak.


Bapa gergasi menebar jala,

pegang tali melintuk-liuk

masakan pengerusitak garu kpala,

melihat ahli semua mengantuk.


Buah salak di rumah tok imam,

sirih sekapur dibawa berjala,

anjing menyalak harimau demam,

kucing di dapur pning kepala!!!


Gemuruh tabuh bukan kepalang,

diasah lembing berkilat2

gementar tubuh harimau belang,

nampak kambing pandai bersilat.


Anak cina menggali cacing

mari diisi dlm tempurung,

penjual sendiri tak kenal dacing

alamat jualan habis diborong.


Biduk buluh bermuat tulang

anak siam pulang berbaris,

duduk mengeluh panglima helang,

melihat ayam bercengkang keris.


Buah jering dari jawa,

naik sigai ke atas atap,

ikan kering lagi ketawa,

dengar tupai baca kitab!!!!!


Ceduk air di dalam perigi,

timbanya bertangkaikan suasa,

jikalau kucing tak bergigi,

alamat tikus berjoget berdansa.


Anak dara datuk tinggi,

buat gulai ikan tilan,

Datuk Tua xade gigi,

Bila makan kunyah telan.


Berderak2 sangkutan dacing

bagaikan putus diimpit lumpang,

bergerak-gerak kumis kucing,

melihat tikus bawa senapang.


Pokok pinang patanya condong,

dipikul ribut berhari2,

kucing berenang tikus berdayung,

ikan di laut berdiam diri.


Katak asia panggil hujan

katak eropah panggil salji

kenapa katak kat sini panggil hujan

kenapa tidak panggil salji..


Bau busuk bukan sedawa

tangkup hidung dengan baldi

sapa terkentut dia ketawa

patutler sesape dok gelak dari tadi


Buah kodiak diatas pokok

jatuhnya ia didalam perigik

Tah pape dah aku ni dok mencarok

apo laie mari kite LARIKKKKKKK



Wakakakakaka...ikhlas dari meje Leptop Penulis,


sinacmusic


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.