-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 1 Mei 2015

TIADA SIAPA JANGKA.....KHAS UNTUK PEKERJA

PEMBACA

Hari ni hari pertama aku bekerja.....seawal pagi aku sudah terpacak tunggu LRT...maklumlah semuanya pertama kali,semangat nya jadi lain walau gementar tetap ada.


Adeh! Pagi pagi ni rupanya penuh,namun aku bernasib baik dapat duduk......triba triba rasa bersalah kerana aku sihat dan kuat...Aku perhatikan  disekelilingku eh! semuanya muda dan tiada seorang pun wanita...tak pelah......aku terus duduk.

Hentian pertama.......penumpang ada yang keluar dan ada yang baru masuk......pandanganku terarah seorang pakcik yang agak berumur...ohh! Ini peluang aku nak berbuat baik.moga hari pertama bekerja ini aku dapat sedikit pahala.

" Pakcik duduk lah....." Kataku menyapa sambil mempelawa dia duduk.

" Eh! Tak pelah...." Katanya sambil senyum

" Pakcik nak gi mana? Tanya ku.....

" Damansara ....." 

"Ohh...sama dengan saya, jauh lagi ni...duduk lahh....." Aku seakan memaksa.....Pakcik itu akhirnya mengalah lalu duduk dan mengucapkan terima kasih.....

Tiada apa lagi yang aku bualkan kerana rakan ku telefon bertanyakan macam mana perjalananku ketempat kerja hari itu....selepas menjawab panggilan...aku dan pakcik tu melayani perasaan masing masing......

Sampai sudah......tanpa berlengah aku meluru keluar dan terus menapak ke tempat kerja yang akan menjadi laluanku bermula pagi ini demi sesuap nasi.....

Keadaan jadi agak sibuk aku dihari pertama,semua aku perlu ambil tahu bukan saja tanggungjawabku tetapi juga rakan rakan sepejabat...alhamdulillah mereka semua menerima kehadirannya dengan mesra....

Begitu asyik aku mengadap tugas yang diberi hingga tidak sedar sudah hampir 10  pagiii.... 

"Misbah....pengarah nak kenal.....gi jumpa jab sebelum keluar minum..." Pesan rakan sepejabat yang baru ku lihat setelah melihat beliau keluar dari bilik tuan pengarah.....

Aku senyum dalam debar.....maklumlah tak sampai separuh hari aku mula bekerja dah kena jumpa boss......errr,patutnya pagi tadi aku jumpa dia dulu sebelum mulakan tugas...terlupa bebb!!

Pintu ku ketuk..... " Masukkk....." Garau  saja suara bos yang belum aku kenali ni.....dari suaranya aku pasti bos aku lelaki.....Apa nak jawab jika ditanya kenapa tak jumpa dia tadi ni...resah dan gelisah dibuatnya.....! 

Aku masuk dengan sopan ,sedikit tunduk dan tutup pintu......apabila aku mendongakkkkkkk........

AKU BENAR BENAR TERKEJUT......BOS AKU PUN KELIHATAN TERKEJUT......Nak tau kenapa?? Kerana bos aku itulah PAKCIK YANG AKU PELAWA DUDUK DALAM LRT tadi.......

Allah maha kaya....."Berbuat baiklah kerana ianya tidak merugikan kita malah banyak HIKMAH yang kita tidak  JANGKA"......


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.