-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 17 Mei 2015

PERDANA MENTERI AKHIRNYA MENGAKU BELI DAN UBAHSUAI JET.....

PEMBACA

Bila sebut kisah Jet yang dibeli oleh DS Najib,teringat kata kata pedas seseorang pada penulis,katanya...RAFIZI buat fitnah kononnya Perdana Menteri beli jet....kini satu persatu apa yang Rafizi DAKWA akhirnya terpaksa diakui oleh DS Najib sendiri.
Dari LAMAN WEB Perdana Menteri sendiri sudah pun menceritakan KISAH JET dan kisah pengubahsuaiannya seperti lampiran beritanya dibawah.

Cuma yang ingin penulis jelaskan disini ialah, apabila diberi penjelasan...ianya semakin merumitkan keadaan seperti ALASAN pembelian dan pengubahsuain jet yang diberi yang seakan SAMA KEADAANNYA APABILA seorang ayah potong belanja sekolah anaknya SEMATA MATA NAK PAKAI BMW....

Bila si anak tanya, kenapa ayah pakai BMW?....dijawab oleh si ayah " AYAH nak jaga imej ayah dimata masyarakat jadi terpaksalah  ayah TERPAKSA POTONG BELANJA SEKOLAH KAMU..."  

Bandingkan penjelasan DS Najib dibawah dengan kisah diatas yang seolah olah perlu BERGAYA untuk bermesyuarat di ruang udara....adeh! 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pembelian jet mewah kerajaan dan menaiktarafkanya untuk kegunaan VIP, dengan berkata ia diperlukan untuk mesyuarat rasmi dengan ketua-ketua negara.

Pembelian jet, yang membuat penerbangan sulungnya semalam, dikritik hebat kerana ia dibuat kebetulan dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin untuk menggunakan jet rasmi, bukan untuk bermewah, tetapi untuk kecekapan dalam menjalankan tugas mereka.

"Bahagian dalam pesawat diubahsuai begitu supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan di atas kapal dan urusan negara boleh terus walaupun semasa penerbangan.

"Oleh itu soalan tidak timbul sama ada atau tidak negara harus mempunyai jet rasmi," kata beliau dalam blognya.

Hal itu merupakan sebahagian 'soalan lazim (FAQ), yang sebahagian besarnya termasuk isu yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

1 Mesej diterima:

salam;
kalau ekonomi Negara tengah sesak hingga rakyat terpaksa membayar cukai tak kira kaya atau miskin janganlah pulak kerajaan berbelanjar besar cam ni...guna dulu pesawat yang sedia ada.

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.