-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 9 April 2015

TUAN IBRAHIM TUAN MAN CALON PARLIMEN ROMPIN... MAMPUKAH?

PEMBACA
a1
Gendang PRK Rompin sudahpun dimulakan berdasarkan tarikh yang diumumkan SPR sebentar tadi,WALAUPUN PELIK KERANA DIPILIH HARI BEKERJA...Adeh!! .....

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei, demikian umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata suruhanjaya itu dalam mesyuarat khas hari ini juga menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Rompin pada 22 April, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 30 April.
Abdul Aziz berkata kawasan itu mempunyai 53,294 pemilih berdaftar.
"Daftar pemilih itu terdiri daripada 52,744 pemilih biasa, 545 pemilih awal dan lima orang pengundi tidak hadir luar negara," katanya dalam sidang media mengenai PRK kerusi Parlimen Rompin itu di sini.
Ketika ditanya mengenai sebab SPR tidak mengadakan PRK Rompin serentak dengan PRK Permatang Pauh yang ditetapkan pada 7 Mei, Abdul Aziz menjelaskan tarikh itu merupakan cuti umum di Pahang sempena Hari Hol iaitu hari memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat Sultan Abu Bakar.
"Pada asalnya nak buat serentak, tapi sempena Hari Hol banyak program telah diatur di Pahang sepanjang hari melibatkan kerabat diraja, Istana, ketua-ketua jabatan dan kalau diadakan (PRK) tidak sesuai," jelasnya.
Mengenai rasional mengadakan PRK Rompin pada hari bekerja, Abdul Aziz berkata undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan sebarang pilihan raya boleh diadakan pada hari bekerja selain hari cuti.  -BERNAMA
Tak perlah...ini sedikit pendapat penulis tentang PRK Rompin .
Sebagai anak tempatan,penulis melihat situasi yang begini.....
Jika Pas ingin menang Parlimen Rompin, mereka harus meletakkan calon yang benar benar kuat kerana mengikut majoriti dalam PR yang lalu,BN memang dengan jumlah yang besar......memang ada banyak isu yang mungkin boleh merubah keadaan seperti GST, saham FGV dan sebagainya,tetapiii ...secara rambang,ianya belum mampu untuk memberi keyakinan pada pengundi untuk merubah hala kecuali pengundi muda,
Kenapa Tuan Ibrahim Tuan Man? Kerana beliau ialah Pesuruhjaya Pas Pahang .....tidak kah timbul isu anak tempatan? Memang akan timbul tetapi mengikut keadaan semasa, anak tempatan bukan lagi menjadi isu jika kempen dan stategi dapat dilaksanakan dengan baik. Andai kata, diletakkan calon lama atau orang tempatan...penulis rasa SUKAR UNTUK MENANG disebabkan pengaruh Allahyarham TS Jamaluddin Jarjis masih kuat.
Disebalik isu hudud yang masih perlu diperjuangkan, meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man kedalam Parlimen sekiranya menang adalah perlu bagi mengekang pihak lawan samada dari Pakatan sendiri mahupun Barisan Nasional.
Pada pandangan penulis pula, PRK Rompin ini amat penting untuk Pas memang bagi membuka sedikit mata DAP yang dilihat sudah tidak sebulu dengan PAS gara gara HUDUD..Kemenangan ini sedikit sebanyak boleh melenyapkan ego DAP .
Dari segi isu, macam penulis sebut diatas,ISU GST dan kejatuhan saham FGV adalah senjata yang perlu digunakan sebijak yang mungkin ,inilah masanya pengundi menghukum apa yang mereka rasa tidak adil dan dizalimi.....inilah masanya satu perubahan berani perlu dilakukan untuk BUKTIKAN KUASA RAKYAT ITU terletak ditangan kita bukan ditangan pemimpin yang sering terleka dan terlupa.
Didik dan jadikanlah pengundi Rompin dan Permatang Pauh sebagai mewakili seluruh rakyat sebagai tanda #protestgst ,banyakkan kempen tentang isu isu melibatkan GST kerana ianya lebih bersikap UMUM dari Pas membawa isu Hudud .
Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.