-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 5 April 2015

SIAPA AIDANA BAIZIEVA? JADI VIRAL

PEMBACA

Tak tahulah pula kalau ditanya persoalan ni boleh kena akta hasutan? Ehh!


Memang timbul satu persoalan siapa Aidana Baizieva hingga menjadi viral dalam media sosial.....Apa yang kita ketahui beliau antara yang terkorban dalam Nahas Helikopter yang menyebabkan penduduk Rompin kehilangan Ahli Parlimen mereka.

Sehingga artikel ini dibuat, mayat Aidana masih belum dituntut oleh sesiapa termasuk yang dimaklumkan dalam berita perdana pukul 8 tadi.....Mustahil pihak pengurusan @syarikat penerbangan yang menguruskan helikopter ini tiada maklumat lengkap tentang dirinya...

Beberapa hari dulu, Dzuriasikim Dzulkefli menafikan beliau ialah Aidana Baizieva setelah gambarnya jadi viral kerana bergambar bersama mendiang Clifford William Fournier .


Diharap segala persoalan dapat dirungkaikan bagi mengelakkan fitnah ..maklumlah zaman sekarang ni orang lebih SUKA MELIHAT YANG BURUK DARI YANG BAIK.

Setelah lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing, termasuk mayat juruterbang warga Amerika Syarikat yang keluarganya dijangka tiba esok, identiti seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti menjadi teka-teki.
Ketika berita ini ditulis, difahamkan belum ada mana-mana pihak tampil menuntut jenazah seorang wanita yang dikatakan pembantu juruterbang, dikenali sebagai Aidana Baizieva berdasarkan senarai dikeluarkan Kementerian Pengangkutan.
Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.
“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.
Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.
Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.
Semalam media tersilap melaporkan seorang wanita dalam sekeping foto bersama Kapten Fournier yang tersebar menjadi viral di laman media sosial sebagai Aidana.
Bagaimanapun, wanita sebenar dalam gambar itu tampil menafikannya.
Portal New Straits Times (NST) Online melaporkan, wanita dalam foto itu sebenarnya adalah Dzuriasikim Dzulkefli, yang tampil membuat penafian beliau adalah Aidana.
“Saya amat terkejut ada orang yang tidak bertanggungjawab telah ‘mengistiharkan’ saya mati hanya kerana gambar saya bersama juruterbang Clifford William Fournier dalam helikopter,” kata Dzuriasikim seperti yang dilaporkan NST Online.
Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang paling awal dituntut akan disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara petang ini, manakala jenazah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Saujana Impian, Batu 13 juga petang Ahad.
Jenazah anggota polis Koperal Razkan Seran, iaitu pengawal peribadi Jamaluddin pula sudah diterbangkan ke Sabah untuk disemadikan di kampung halamannya, Tuaran.
Sementara itu mayat mendiang ahli perniagaan, Ketua Eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seng pula akan dibawa pulang ke Kedah selepas menjalani upacara penghormatan terakhir dan pembakaran di Xiao En Si, Nilai Memorial Park.
Identiti mayat Kapten Fournier pula telah disahkan oleh wakil kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, yang memaklumkan mayat juruterbang itu akan dituntut keluarganya yang akan tiba di Malaysia esok.
Fournier yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat telah berkerja di negara ini sejak 20 tahun lalu.
Persoalannya sekarang, siapa Aidana Baizieva

    In the news
  1. Image for the news result
    Who is Aidana Baizieva?
    The Rakyat Post - 7 hours ago
    A spokesperson from Hospital Kuala Lumpur today said that the last remaining victim from ...
  2. More news for Aidana Baizieva

  3. Siapa Aidana Baizieva? - The Rakyat Post BM Version

    bm.therakyatpost.com/berita/.../siapa-aidana-baizieva/
    Translate this page
    6 hours ago - Siapa Aidana Baizieva? TRP-Institut Forensik Negara HKL-Wong Kah Hoong. Jurucakap Hospital Kuala Lumpur memaklumkan mayat terakhir ...
  4. Heli crash: Photo of Dzuriasikim Dzulkefli went viral ...

    www.nst.com.my/node/79407
    14 hours ago - ... Dzuriasikim and the crashed helicopter pilot, was posted on her Facebook wall had gone viral when she was presumed as Aidana Baizieva, ...
  5. Who is Aidana Baizieva? « Malaysia Daily News

    www.god.com.my/who-is-aidana-baizieva/
    7 hours ago - KUALA LUMPUR, April 5, 2015: As the bodies of those who perished in the Dauphin 2 helicopter that crashed yesterday are being claimed by ...


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.