-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 15 April 2015

PROGRAM CIPTA RASUL ROSAK AKIDAH? BACA LA WEH

PEMBACA

Fatwa  kata program cipta rasul sesat? Ada yang pertikai ? Ada yang kata ianya tidak ikut sunnah? Bacalah supaya kita tidak nampak jahil agama atau dilihat cuba rosakkan agama sendiri.


Berzikir yang melibatkan pergerakan, sekiranya ianya salah, hanyalah dari segi syariat bukan melibatkan aqidah.
Gerakan dalam zikir memang wujud di zaman nabi s.a.w. lagi, ashabus suffah di zaman nabi diriwayatkan berzikir bergerak seperti pokok ditiup angin yang kuat.

Bagi orang yang tidak pernah berzikir, mereka merasa pelik, tetapi bagi ahli zikir ianya biasa dan pergerakan adalah secara semulajadi.
Bagaimana pun pergerakan zikir mestilah menjaga adab supaya tidak dipandang buruk dari segi syariat. tetapi ia tidaklah merosakkan aqidah. Kesesatan hanyalah melibatkan perkara yang berkaitan aqidah.

Mengenai masalah murid Syeikh Nazim yang mencium kaki beliau, tidak syirik, takkanlah si murid anggap beliau sebagai tuhan, tentunya disebabkan si murid tadi jahil dan emosianal sangat lalu segera mencium kaki,di zaman nabi s.a.w. ada seorang yahudi yang baru memeluk Islam mencium kaki nabi s.a.w., dan nabi sebagaimana yahudi itu tidak syirik begitulah murid tersebut. Tambahan pula hanya seorang dua sahaja yg mencium kaki, itu pun disebabkan kejahilan, dibandingkan ribuan yang lain.
Orang yang mengatakan syirik itu lebih syirik lagi kerana beritiqad dengan Allah di Langit (sedangkan Allahu Samad), Allah bersemayam di atas kerusi, sedangkan Allah tidak berkehendak tempat dan makhluk.
Zikir ramai-ramai pun tak sesat, ramai-ramai berselawat ke atas nabi untuk keberkatan, rasanya yang komen ini iri hati, kerana suara mereka tak sedap, ini kes dengki dan kes iri hati.
Golongan habib memuji Allah dan tambahan pula selawat dituntut. Ada juga org wahabi yang dulu mengeji sekarang ikut sama berselawat. Mudah-mudahan orang yang komen boleh jadi ketua selawat di padang merdeka satu hari nanti.
Buatlah kerja lain bukan kerja memfitnah teruk-teruk. Bayangkan orang yang berzina dah bertaubat, tapi yang menuduh orang lain sesat tak bertaubat sampai mati.
Dalam Islam sangat pantang tatabuk sikap mencari salah, tak mahu mencari kebaikan. Tatabuk digunakan oleh Abu Jahal dan Abu Lahab sampai mati.
Kalau gerak dalam zikir sesat, tarian lagi sesat, tarian M. Daud Kilau lagi sesat, zapin lagi sesat, tak de pulak ulama’ yg menyesatkan, kalau salah pun dari segi syariat sahaja, mungkin makruh kerana dikeji dari segi syariat. Kerana tiada hadith yg mengharamkannya.
Ustaz belajarlah dulu ilmu zikir, kat Mesir pun ada, balik nanti dah pandai zikir baru cakap.

Pembuka Kota Constantinople iaitu Sultan Muhammad al-Fateh adalah merupakan Ahli Zikir dan sebaik-baik sultan, gurunya juga Sheikh Shamsuddin seorang ahli zikir. Beliau juga guru kepada Sultan Murad II yang merupakan ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh.
Yang menuduh pergilah ke Turki, kalau tiada Tarekat Naqshabandiyah Khalidiyyah di Turki, Islam mungkin tidak dapat bertahan, Ia adalah tonggak Islam di sana hingga ke Uzbekistan, kazasktan dan di negeri China sekalipun.
Akhir sekali, orang yg jahil biasanya menjadi musuh kpd perkara yg dijahilkan. Ini semua kawan ustaz yg mengatakan Tasawuf lebih busuk drp ayaq acaq. Ingat semua batu kerikil dan daun berzikir mengutuk org yg hina zikir tak tentu pasal.
Orang Anti zikir bersifat tatabuk, segala kebaikan zikir tidak disebut. Dalam tasawuuf sifat tatabuk bighairi ittibak sengaja mencari kesalahan, dosanya lebih besar daripada zikir bergerak.
Gajah depan mata tak nampak, kuman sebarang laut nampak.
Orang yang menuduh sepatutnya menumpukan masalah aqidah, Sepatutnya masalah aqidah lebih dahsyat seperti pegangan aqidah Allah di langit, Allah duduk atas kursi, Allah bertangan dan Allah bermata ini aqidah yang lebih teruk.
Perbuatan ini adalah fitnah ulama akhir zaman.
(إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ)
"Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)."
[Surat Al-Burooj 10]
عَنْ عَلِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ (ص) : يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لا يَبْقَى مِنَ الإِسْلامِ إِلا اسْمُهُ وَلا يَبْقَى مِنَ الْقُرْآنِ إِلا رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِىَ خَرَابٌ مِنَ الْهُدَى عُلَمَاؤُهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ الْفِتْنَةُ وَفِيهِمْ تَعُودُ {رواه البيهقي}
Daripada Ali Bin Abi Thalib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w : Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tiada tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah. Ulamak mereka adalah sejahat-jahat yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali.
حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا محمد بن بشر وعبد الله بن نمير قالا حدثنا عبيد الله بن عمر عننافع عن ابن عمر أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كفر الرجل أخاه فقد باء بها أحدهما
Hadith Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.