-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 11 April 2015

KENAPA PERLU TUAN IBRAHIM TUAN PAS P091?

PEMBACA

Berbeza dengan rakan pakatan yang lain, Pas cuma ada Presiden mereka yang mewakili suara di Parlimen berbanding PKR dan DAP yang ada pemimpin tertinggi mereka iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.


Antara punca itulah kenapa penulis merasakan patut diletakkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon untuk PRK Rompin yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kedudukan Pas dalam memperjuang isu hudud akan lebih terkesan dengan adanya seorang naib Presiden dalam Parlimen walaupun kita tidak tahu BILA IANYA AKAN DIBENTANGKAN....

Bukan untuk mendakwa boleh menang,tetapi KEMUNGKINAN ITU ADA kerana penulis lebih arif keadaan semasa disini yang rata rata mahukan calon yang lebih berwibawa untuk Parlimen Rompin.

Banyak kesan yang boleh Pas perolehi sekiranya menang dalam PRK kali ini, satu membuka mata rakan pakatan terutama DAP ...(Andai) walau tanpa sokongan mereka Pas mampu bangkit .

Jika pengundi Rompin mahu mencipta sejarah, inilah MASANYA bagi mewakili seluruh rakyat yang rata rata sudah merasa perit GST .....bantah melalui undi ....


Camne pun, adakah PENGUNDI ROMPIN mahu berubah atau tetap dengan pendirian mereka seperti sebelum ni? Adakah akan berlaku undi protes GST oleh pengundi Rompin? ADAKAH BN AKAN TERUS KEKAL DIROMPIN......cuma Allah yang menentukan ,kita berusaha sambil menadah tangan padanya.


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.