-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 28 April 2015

FAKTA KANTOI UMNO .....BERANI JAWAB??

PEMBACA

Patut ke tidak? Kita rujuk fakta SEJARAH macam biasa.....tapi jangan marah dan kena terimalah dengan terbuka.....


Kita membaca ,kita juga mendengar Tun Dr Mahathir menyerang kepimpinan Perdana Menteri yang menyebabkan beliau kembali diserang oleh orang orangnya sendiri  termasuk mereka mereka yang menyokongnya selama ini .......

Soal penulis diatas ialah  patut ke tidak? Kita lupakan dulu alasan mereka kononnya TUN DAH NYANYUK , Tun dah lupa kerana penulis boleh sangkal alasan ni dengan mengeluarkan soalan ini ......" Semasa Tun menyerang DS Anwar dan pemimpin PR  kenapa tidak kata Tun nyanyuk? "

Tahukah anda, UMNO yang didukung sekarang ialah UMNO BARU  Tun Dr Mahathir setelah ianya diharamkan pada oleh Mahkamah.....Tak cayer? Rujuk fakta dibawah.....

Pada 4 Februari 1988 Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur. UMNO itu sebenarnya halal sehingga pemilihan 1984 sahaja. UMNO yang ada sekarang ialah UMNO BARU.Noktah

UMNO BARU
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.(fakta yang pelik ialah bagaimana Pendaftar Pertubuhan boleh membenarkan UMNO (Baru) menggunakan Perlembagaan UMNO, lambang UMNO, lencana UMNO dan bendera UMNO sedangkan UMNO telah pun DIHARAMKAN oleh Mahkamah Tinggi Malaysia pada 4 Februari 1988)
NST 9 April 1988, Tunku cuba menghalang cubaan mengambil alih aset UMNO oleh Dr. Mahathir.
Berita Harian 7 September 1988,Tunku Abd Rahman dan Tun Hussein Onn membuat rayuan terakhir mempertahankan harta atau aset UMNO daripada diambil oleh Dr. Mahathir.
MENGAPA PENGGUNAAN NAMA ‘UMNO BARU’ TIDAK DI GUNAKAN?
Utusan Melayu 2 September 1988, Mahkamah Tinggi mengarahkan pengunaan nama UMNO baru dikekalkan.
Tapi…
Utusan Melayu, 27 Oktober 1988, Mahkamah Tinggi menghalang penyiaran UMNO sebagai “UMNO Baru” kerana boleh mengelirukan orang ramai seolah-olah ada pertubuhan lain yang bernama UMNO juga.
 Rujuklah sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong.
Jadi dah faham? Bila dah faham  Tidakah tindakan menyerang Tun Dr Mahathir umpama SEORANG ANAK YANG HALAU AYAHNYA DARI RUMAH SEDANGKAN YANG BINA RUMAH ITU SIAYAH... jawablah dengan jujur,?? 


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.