-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 15 April 2015

BILA SITI NURHALIZA DAN CH TA SOKONG TUN DR MAHATHIR

PEMBACA

Sokongan artis terkenal yang setia berdiri dibelakang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dilihat lebih terkesan berbanding  sokongan Puteri dan Pemuda Umno terhadap  kepimpinan DS Najib.  Sokongan Dato Siti Nurhaliza misalnya mengundang reaksi hampir 2 juta pembaca samada like @ komen....

Begitulah ,peranan artis ini sebenarnya mampu memberi impak besar kepada sebahagian pendukung parti politik..Penulis juga tak jangka yang Siti ,Che Ta mahupun beberapa golongan artis lagi membenci DS Najib...mereka bukan LUPA DIRI ,mereka bukan tidak bersyukur tetap mereka sama seperti rakyat biasa yang mengharapkan keselesaan untuk hidup ...



Kita dijanjikan penurunan harga melalui GST yang cuma 6 % setelah 10% dibuang dan dihapuskan...tapi yang berlaku sebaliknya...malah jika dikira, ianya seolah menambah cukai dari 10 menjadi 16 bukan ditolak.......Jangan di bodohkan lagi pemikiran rakyat, kononnya harga barang naik disebabkan BOIKOT OLEH PENIAGA CINA ......pada penulis....ni satu alasan paling danggal dan paling AHMADMASLAN......

Macam mana peniaga nak naikkan harga barang mereka sesuka hati kalau semua SENARAI PERLU MELALUI KASTAM? Tak kan Kastam tak tahu berapa peniaga ni jual...jika mereka rasakan barang itu mahal...kenapa tak diambil tindakan? Kenapa semasa MENCARI PENIAGA TAK DAFTAR GST mereka boleh geledah sampai kerumah sedangkan bila isu KENAIKAN HARGA BARANG mereka triba triba jadi dungu.....

Kita fikir logik,mana mungkin peniaga nak naikkan harga barang sesuka hati...tidakkah itu akan menambah kerugian mereka...pengguna boleh mengadu dan pengguna boleh membuat pilihan mana barang yang murah dan mana barang yang mahal....


Dalam soal menyalahkan orang lain ini, SIAPA PERKENALKAN GST? Jawablah dengan jujur kerana GST ITULAH PUNCA utamanya bukan dari pihak lain.



Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.