-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 12 Mac 2015

SESEKALI KITA PERLU MENANGIS UNTUK AIR KERINGATNYA

PEMBACA

Tanpa restu ibu siapalah kita di mata dunia.. moga berkat usaha dan sokongan ibu beliau mendapat keredhaanNya ─ Khairil A Jaafar
#jadiviral
#kantoi
Membaca kisah yang dikongsikan oleh Page Siakap Keli Facebook dibawah mengingatkan penulis pada kisah Editor Nur tentang murid miskin di JB yang boleh anda baca dibawah..


Dalam hal hal usik dan ejek ni kadang kala kita tidak boleh salahkan kanak kanak kerana mereka belajar dari apa yang dibuat oleh kita yang dewasa. 






Anak-anak LINUS ku di Tahun 1. Buat teacher menitik air kata pula hari ni. 😎

Perasan tak dua watak utama dalam cerita ni?

Firdaus - yang bersama dengan begnya. 
Izham -

Hari ni Izham memang agak susah Ifa nak kawal. Ada sahaja idea nya nak usik kawan. Biasalah budak-budak kan. Alkisahnya, Izham dah kotorkan beg Firdaus, dengan memijak beg tu.

Sedihhh Firdaus. Sambil sapu debu kotoran kasut Izham pada begnya, sambil cakap,

'Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku? Ko ni... kotor dahh.. Dah la ayah aku dah tak ada!'

Dengan nada marah Firdaus marah kat Izham. Teacher nya pula sambil tahan takungan air dalam kelopak mata. Hehe.

Sedih tengok anak kecil ni yang dah merasa kehilangan ayah tercinta, pada usia 7 tahun.

Banyak boleh kita buat refleksi. MashaAllah. Moga Allah panjangkan umur kedua orang tuaku. Aamiin ya Rabb.

Cikgu Noor Afifah Mohd Baharuddin
 — feeling sad.



Apapun kisah murid ini pasti mengingatkan kita pada AYAH kan....sedekahkan lah Al Fatihah untuknya walau dia masih ada dan lapangkan waktu untuk bersamanya.....

KISAH MURID MISKIN DI JB......

Tersentuh hati Nur apabila anak bongsu balik mengadu tentang nasib rakan sekolahnya yang bernama Syawal...sungguh Nur terharu kerana masih ada ibu bapa yang tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah untuk anaknya terutama yang mencari nafkah di bandar besar seperti JB...

Menurut anak bongsu Nur ...Syawal adalah diantara murid yang paling pendiam...sering membawa diri dan tidak mudah berkawan ,mungkin disebabkan keadaan dirinya yang serba kekurangan ditambah pula ada rakan rakan lain yang tergamak MENGEJEKNYA " Syawal budak miskin "......Syawal budak miskin "......

Ada ketika, buku latihan yang sepatutnya ada tidak mampu dibeli oleh kedua ibu bapa Syawal,nasib baiklah ada BEBERAPA ORANG GURU PRIHATIN YANG SANGGUP BELIKAN DIA BUKU LATIHAN.....

Pagi semalam Nur bekalkan anak bongsu Nur dengan Sosej dan kentang goreng...Nur siapkan lagi satu bekas untuk dia beri pada Syawal...malam tadi Nur tanya dia ....

"Camne ...Syawal makan tak bekal tadi " 

"Dua cakap terima kasih...Adik tak tahulah ibu sebab selepas dia ambil sarapan tu kat kelas, dia terus hilangkan diri ....puas Aniq cari kat kantin tak jumpeee..." 

Terkedu Nur sebentar sambil membayangkan Syawal terpaksa makan di lorong lorong tersembunyi di sekitar sekolah kerana takut diejek rakan rakannya...

Hari ini Nur bekalkan lagi Syawal dengan sedikit makanan dan beberapa buku termasuk alat tulis ...bukan Nur nak minta dihargai tetapi Nur nak kita sama sama merasai ...inilah keperitan kita yang ada kalanya merempat dalam negara kita sendiri......tanyalah sesiapa "MAHUKAH AWAK HIDUP SUSAH " pasti tiada siapa mahu menjawab IYa...tapi kadang kala KEADAAN ITU MEMAKSA diri kita untuk jadi TIDAK MAMPU.....

Nur pula bukanlah orang yang kaya tetapi sifat ingin membantu setakat mampu itu tetap ada .....semoga kita saling membantu dan tidak salah menyalahkan sesiapa kerana menyalahkan orang lain TIDAK AKAN MENYELESAIKAN MASALAH malah mendatangkan pula beribu masalah.... Aminnnn.


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.