-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 5 Mac 2015

JANGAN BACA JIKA TAKUT.......MEMANG NGERI GILERR BEB

PEMBACA
Ada orang diberi kelebihan untuk nampak APA yang orang lain tak nampak...adakah anda salah seorang darinya? Lihat gambar ini dan cari DIMANA "ianya" berada...
#malamjumaat
#seram
#kantoi
Kali terakhir Khadijah balik kerumah ialah raya tahun lepas dan malam ini entah kenapa Khadijah muncul semula dirumah keluarganya. 


Kepulangan Khadijah malam itu tidak disambut sesiapa kerana jam  hampir 2 pagi ..Khadijah sempat meninjau sekitar rumah yang masih tidak berubah sejak dia berpindah...pokok mangga masih ada disituuu...dibawah pokok pelam itulah Khadijah akan bersama emaknya setiap kali pulang.

Langkah Khadijah terhenti ditepi pintu apabila terdengar sesuatu yang jatuh dibelakangnya...dia menoleh tanpa rasa takut...ohh! kelihatan sebiji mempelam sedang bergolek golek akibat jatuh dari dahannya...Khadijah melihat buah pelam itu sambil menahan air liur...nanum apa dayanya,kini dia tidak lagi boleh makan buah pelam yang digemarinya suatu ketika dulu.

Pintu dibuka perlahan......Khadijah melihat "TV memerhatikan adiknya yang sedang terbongkang tidur diatas sofa......"Masih sama perangai adik niii..."bisik Khadijah dalam hatinya lalu berlalu ke bilik emaknya.......diperhatikan keadaan bilik emak...Khadijah nampak susuk tubuh tua yang lena terbaring .......

Khadijah merapati tubuh itu lalu mencium dahi emaknya...air matanya ditahan agar tidak jatuh ke pipi emaknya....Khadijah berlalu keluar dari bilik emak sambil mengesat air matanya...emak sudah UZUR dan kelihatan letihhhhh....

Sekali lagi langkah Khadijah terhenti...TV yang tadi terpasang sudah tertutup...siapa yang tutup? Khadijah hampiri sofa dimana adiknya sedang tidur disitu tadi, namun adiknya sudah tiada...Khadijah mula risau...risau kerana takut adiknya perasan yang dia balik malam itu...perlahan lahan Khadijah pergi ke bilik tidur adiknya.......

Hatinya lega apabila dan sempat tersenyum kerana adiknya sudah terlentang diatas katil ...Khadijah selimutkan adiknya yang tidak sedari kepulangannya malam itu.

Langkahnya perlahan menuju ke bilik tidurnya....sebak dan sedih kerana biliknya terjaga seperti dulu...kemas dan bersih. Khadijah membuka almari .....pakaiannya masih ada tergantung dengan kemas...

Diperhatikan sekeliling bilik tidurnya,direnung gambarnya yang masih tergantung ,namun Khadijah segera memalingkan mukanya agar tidak melihat sesuatu yang digantung sebelah gambarnya....nafasnya kembali meniup kencang...takut dan marahhh......!!

Khadijah segera duduk dimeja soleknya dengan mata yang kembali berkaca.....Khadijah buka almari soleknya......namun segera ditutup dan nafasnya tercungap cungap kerana nyaris terpegang sesuatu tadi...macam mana pula benda ni berada dalam almari soleknya...

Namun sebelum sempat Khadijah bangun......pintu biliknya triba triba dibuka....

"Baliklah Ijah...emak redha dan ampunkan dosa Ijah...pergilahhh......." Kata emaknya yang sudahpun bersiap dengan pakaian solatnya.....pasti emaknya nak solat Tahajjud nanti,Khadijah tunduk...jika kini masa dapat kembali, pasti dia TAK MARAH JIKA emaknya kejutkan dia untuk solat subuh  Tahajjud..namun sudah terlambat.

Khadijah tidak berkata...Khadijah faham...dia tak boleh lama disini...sambil menahan air matanya Khadijah berlalu pergi ,namun sempat dia melihat wajah ibunya yang tetap tenang walau matanya sudah berkaca

.."Selamat tinggal emakkk.........." katanya dalam hati sebelum pulang untuk kembali 
ke SINI......





Lazada Philippines #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.