-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 6 Mac 2015

JADI VIRAL BILA ANGGOTA DBKL SEPAK PENIAGA ....KEMASKINI

PEMBACA

#jadiviral
#kantoi
Memang kita tidak boleh menerima berita dari satu pihak...tetapi apabila kita membaca kisah dan rintihan dibawah , adakah benar semua ini? Adakah DBKL dan anggotanya sudah mula MENYEPAK BANGSANYA SENDIRI?? 
Sudah tiadakah toleransi kerana yang hendak mencari makan ialah bangsa kita sendiri? Undang undang apakah yang digunakan? Nur harap ada penjelasan yang memuaskan disebalik kisah yang SANGAT SAKIT HATI BILA KITA MEMBACANYA .....

bertindak menyita barangan perniagaan saya dan mencampakkan makanan sehingga bertaburan serta menyepak meja besi sy tanpa memberikan apa-apa penjelasan. Suami saya sudah memberitahu dengan baik kepada pegawai tersebut untuk mengemas barangan perniagaan kami tapi tidak dihiraukan. Semasa suami saya cuba memasukkan generator ke dalam lori bagi mengelakkan kerosakan atau kehilangan namun tiba-tiba dua orang pegawai DBKL(gambar akan disertakan) bertindak agresif mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk muka suami saya yang telah mengakibatkan pendarahan di dahi dan lebam di pipi. Seorang lagi anggota DBKL bernama Othman menyepak suami saya di bahagian kaki. Saya cuba untuk berbincang dengan pegawai DBKL namun tidak dihiraukan sama sekali. Terdapat beberapa pegawai polis disitu namun tidak diambil apa-apa tindakan untuk meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya sedang mengemas barangan saya di dalam lori untuk dibawa pulang seorang anggota DBKL wanita cuba menarik saya."





Sebentar tadi peniaga goreng pisang dibebaskan dengan ikat jamin,terima kasih kepada polis Ipd Dang Wangi kerana memberi kerjasama yang cukup baik dan berkhidmat dengan cekap,betul dan mesra.




Sebahagian komen yang sempat Nur kongsikan. 

Nasata Sata kalau x betul, dbkl buat la report kat polis dan keluarlah press statement..
3 mins · Like

Muhammad Nurshazni Yang penting kene cari pegawai dbkl tu. Tu Yg penting. Kelab malam Jalan P Ramlee xnak gegar. Takut agaknye. Peniaga melayu bukan main handal lg mereka ni.

Saiful Rahman Rasa cerita tak berapa nak telus ni... mustahil jk dbkl btindak melulu... ni mesti ada cerita dsebaliknya...

Ismail Bin Ahmad Ini soal cari Rezeki Kehidupan..bg peluang melayu hidup..tak payah sepak terajang..ini bukan perintah Komunis..komunis perintah mungkin pegawai yg sepak terajang bangsa dia naik pangkat tinggi.Tahniah!!

Ismail Bin Ahmad Dekat petaling street sampai tutup Balai Polis.busines tengah2 jalan.berapa banyak yg pegawai DBKL sepak Terajang disana..Takut2 mereka pulak kena sepak terajang..periksa rekod kes DBKL 10 Thn lepas di petaling street.
16 mins · Like · 1
Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.