-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 25 Mac 2015

DURIAN DAN SESUAP NASI...ADAKAH ANDA PERASAN?

PEMBACA
Aduyai!! Siap buat cop cikgu ni nak tanda buku murid
Aduyai!! Siap buat cop cikgu ni nak tanda buku murid
Suami Nur orangnya jenis yang tak kisah dan banyak berkira, berbanding dengan Nur yang perlu berkira dan selalu ambil kisah...

Mungkin beza itulah Allah jodohkan kami agar adil dan saksama...begini kisahnya,
Hati isteri dan anak mana yang tidak gembira bila En Suami balik dan membawa 3 biji durian ...Durian yang dibeli itu pula bukan calang calang jenisnya..."Musang King" yang sekilo harganya boleh mencecah atas  RM50 ...Adehh!
Sebiji demi sebiji dikupas untuk merasa keenakan Musang King yang katanya itupun setelah didesak untuk tahu berapa harganya , dia berkata dekat RM200 errr.....takpelah anak dan isterinya nak makan .......redha ajelah!.
Malangnya.......MUSANG KING sudah menjadi MUSANG BERBULU AYAM.....Isinya sudah lembik dan agak masam....mungkin sudah lama diperam penjualnya ....
Panas betul Nur dibuatnya lalu mengajak En Suami ke kedai yang menjual Durian padanya....juga perlu didesak kerana En Suami ni macam Nur sebut diatas....orangnya AMAT TIDAK KISAH,padanya tak dapat makan ...tak pelah! Tapi pada Nur...NILAI DUIT tu yang Nur kisahhhhhhhh kan sangattt......berani dia tipu suami Nur yeeee..!
Kami berdua tiba di gerai menjual durian...Nur lihat penjualnya seorang makcik ...adehh! Melampau makcik ni...sama bangsa pun nak tipuuu......
Sampai di gerai durian tersebut...triba triba En Somi pegang tangan Nur dan berkata.....
"Tak payahlah...jom balik........" Katanya menyebabkan Nur BENGANG GILER kerana dah hafal skrip dari dalam kereta tadi nak marah makcik tu...
"Abang niii...."Nur terus berkeras namun segera ditahan dan ditarik tangan oleh En Somi masuk semula kedalam kereta...
" Kenapa bang...Nur belum cakap lagii...Nur nak tanya jer pun,...bukan nak marah..."
" Awak tengok...kan dia tengah MENGADAP REZEKI TU....tak baik kita marah ORANG SEDANG MAKAN sayang......" Lembut aja En Somi berkata sambil Nur dapat melihat dengan jelas aksi makcik tu sedang menjamah nasi...triba triba perasaa marah dalam diri Nur hilang....rasa kasihan pula padanya yang sekejab sekejab mengesat peluh didahi sambil menjamah nasi....aduyaiiiiiiiii!
"Husnuzon sajalah....mungkin makcik tu cuma pekerja dan dia tidak niat pun nak tipuuu......" Itulah kata En Somi  tak kala kami sampai dirumah...
Nur terus masuk kedalam rumah dan En Somi beredar ke kedai...NGETEA ler tuuu.......hehehe....
Dengan Nur mengemas ngemas sisa durian bersama anak anak...triba triba terdengar suara orang memberi salam.....
Kelihatan seorang pemuda sambil menjinjing plastik ditangannya...
"Abang ade kak".....Tanya pemuda itu.
"Dia keluar ....minum kot...nape Meran " Tanya Nur pada Amran yang juga anak kepada rakan baik En Somi.
"Ni ha....ayah suruh bagi durian niii.......Musang King baru mula berbuah kak..." Aduyaiiiiiiiiiii........terasa sebak,terasa nak nangis......pelbagai rasa Nur rasai ketika ambil durian dari tangan Amran....sib baik tak rebah depan rumah...ahaks!
Mungkin inilah hikmah yang Allah nak tunjuk pada Nur....

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.