-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 13 Mac 2015

BLOG TUN DR M GAGAL DISABOTAG JADI VIRAL ........!!

PEMBACA
Ahmad Shuaib yang sedang aibkan diri dengan kenyataan BIJAKNYA.....
#jadiviral
#kantoi
Cuba fikir dengan bijak, sebelum ni blog kepunyaan Tun Dr. Mahathir iaitu http://chedet.cc/ beroperasi seperti biasa, tetapi apabila beliau mengkritik kekayaan Perdana Menteri dan isu 1MDB ianya tidak dapat dimasuki ....


Apakah sebabnya? Adakah sebab terlalu ramai yang mahu mengunjungi blognya itu? 

Nur telah cuba beberapa kali untuk masuk ...tetapi dua ayat dibawah ini yang dipaparkan dilaman blog beliau.


Nur tidak mahu menyalahkan sesiapa tetapi pada Nur, ini situasi PELIK sebab kalau blog atau laman web lain boleh dibuka kenapa yang ni tak boleh?

Antara pertanyaan beliau tentang 1MDB

Meningkatkan tekanannya kepada kerajaan berhubung kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Dr Mahathir Mohamad berkata syarikat pelaburan nasional bukan saja perlu diaudit tetapi perlu disiasat polis.

"Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB," katanya di blognya hari ini.

"Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

"Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu," tambah mantan perdana menteri.

"Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mel, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

"Sehingga kini kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang.

"Tetapi hanya untuk bayar faedah RM2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah."

Petikan penuh yang sempat dicopy paste dari blog lain.






Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.