-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 27 Februari 2015

PENGALAMAN NGERI AKIBAT ZALIMI KETAM

PEMBACA
Kisah peniaga sombong yang menjadi viral....
#kantoi
#viral
#memancing
Ambillah iktibar dari kisah dibawah ni kerana setiap yang bernyawa pasti ada SESUATU kelebihan yang kita tidak nampak dan sedar.


Saiful berjaya mendapat beberapa ekor ketam semasa  menjaring di sungai. Oleh kerana sangat teruja dan tidak mahu menunggu lama, Saiful terus masukkan ketam yang masih bernyawa kedalam periuk untuk dimasak...

Saiful tidak sedikitpun merasa bersalah kerana membiarkan ketam ketam itu TERSEKSA dalam periuk lalu mati sebelum dijamah isinya ....begitu berselera Saiful makan ketam yang ditangkapnya, seekor demi  seekor ketam yang siap dimasak "Sup bujang " itu masuk kedalam mulutnya...

Apabila kekeyangan, Saiful terlelap didalam fibernya hingga ke petang. Pulang ke rumah malam itu Saiful tidak dapat tidur kerana merasa sesuatu TERLEKAT DI BAWAH dagunya ....dirasanya seperti SERPIHAN KULIT ketam yang dimakannya siang tadi....walau kecil serpihan itu namun apabila ditekan dengan jari ianya menyakitkan dan mendatangkan ketidakselesaan pada diri Saiful...

Esoknya pagi pagi Saiful segera ke klinik kerana sukar untuknya menelan makanan...Doktor memeriksa ...namun tiada APA YANG DITEMUI dibawah dagunya sedangkan doktor sendiri merasa dengan jari ,memang ada seakan serpihan kulit dibawah dagu Saiful.

Makin hari makin membengkak dibawah dagu Saiful...hidupnya kini tidak lagi tenteram akibat TERDAPAT SERPIHAN kecil sebesar duit syiling yang sering dirasanya,namun sudah berpuluh doktor ditemuinya,namun SERPIHAN itu tidak juga dapat dilihat cuma dapat dirasa dengan jari.

Abis ikhtiar, Saiful bertemu seorang bomoh.....Saiful terpaksa ceritakan apa punca serpihan kulit ketam itu berada secara MISTERI dibawah dagunya.....

Bomoh itu terdiam mendengar cerita Saiful.......lalu bomoh itu mohon pertolongan Allah dan diberikan Saiful segelas air yang sudah dijampi.

Alhamdulillah, serpihan kulit ketam itu sudah tiada lagi pada pagi esoknya dan hingga ke hari ini dan Saiful  seakan fobia untuk makan ketam....

Cerita ni kisah benar yang terjadi pada seorang rakan penulis yang gemar memancing ...semoga kita terhindar dari MENZALIMI binatang yang bernyawa dan ambillah yang baik dari kisahnya.....Ameen.
  

Lazada Philippines #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.