-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 15 Februari 2015

KISAH WARGA JEPUN DAN ALLAHYARHAM TOK GURU NIK AZIZ

PEMBACA

#TGNA
Benarlah kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.....bukan untuk  taksub atau memuja dirinya,tapi satu pengajaran dan peringatan pada kita yang masih bernyawa kerana DIRINYA SUDAH MEMBERIKAN KITA JAWAPAN untuk jadi terbaik atau semulia mulia insan.


Seharusnya kita berterima kasih pada Allah kerana mengurniakan seorang insan yang boleh kita jadikan IKUTAN .....

Dari Facebook warga Jepun ..........Subhanallah......




Saksikan juga  beberapa kenyataan dan pengalaman mereka mereka yang pernah bertemu dengan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dibawah......






 Menteri Besar ini lah yg hidang kan saya nasi dagang dgn air teh kpd saya di kediaman beliau. Menteri besar ini lah yang menasihat kan saya sepatah iaitu "INNALLAH AMA SOBIRIN -SABAR" , Menteri besar ini lah yg menunjuk kpd saya beliau seperti orang awam biasa walaupun pangkat beliau adalah Menteri Besar Kelantan. Menteri besar ini lah yang sedekah kan saya sejumlah wang RM2000 tanpa soal siasat dan tanpa mengisi borang. Menteri Besar ini lah yang menhadiahkan saya kain pelekat untuk di buat solat. Dan Menteri Besar Kelantan ini lah yang di gelar TOK GURU. Seorang Tok Guru yang tidak pandang rendah pada pangkat usia dan ugama lain.

 Rajinder Singh
Malam ini, lain sungguh rasa nya bila mendapat berita mengenai kematian Tok Guru Nik Aziz, TGNA.
Saya, secara peribadi, memang kagum dan menghormati beliau.
Dan saya ingin kongsikan pengalaman ketika bertemu dengan beliau di salah sebuah restauran makan di Kelantan beberapa tahun dahulu.
Memandangkan saya dan rakan rakan saya, semua nya berbangsa Punjabi (kami semuanya 5orang sahabat, cuma saya sahaja yang tidak memiliki sarban), maka nak dijadikan cerita, masa itu, rakan rakan saya sentiasa dipandang oleh penduduk Kelantan. Rasa macam artis pulak, semua nak berkenalan....hmmm
Di restoran itu kami berkumpul untuk mkn . Sambil jamu selera, rakan saya memberitahu, bahawa orang yang duduk di hujung meja itu adalah TGNA.
Saya tak percaya, takkan la TGNA sebagai Menteri Besar nak makan kat kedai ini (tak ingat pulak nama kedai tu), dah tu pulak takde bodyguard, mustahil, mana mungkin seorang yang diberikan mandat menguruskan negeri jalan senang lenggang macam tu je tanpa bodyguard.
Kawan saya pula confident sungguh beliau adalah TGNA. Saya pun bangun pergi, nak tanya sendiri, betul ke?
Bila saya beri ucapkan Selamat Pagi kat beliau, dan saya tanya betul ke Encik ni TGNA. Dia menjawab yer...Opocot!!! betul laa...aduhai, terkezut siot. Saya pun senyum dan toleh kat kawan saya, saya angguk kepala memberikan isyarat yang mereka itu betul.
TGNA pun bertanya, siapa nama, dari mana, nak kemana...saya pun bagi tau yang kami daripada Ipoh Perak, datang melawat Kelantan selepas balik dari pulau perhentian. Dan TGNA pun cerita tempat yang menarik saya dan kawan kawan saya boleh lawati....sempoi je bercerita dan bersembang dgn TGNA ini.
Lepas tu saya pun join member saya, makan....
TGNA selepas selesai makan, datang ke meja kami, dan dia ucapkan selamat datang ke Kelantan dan terus membawa diri....ringkas je dia wish kat kami semua, mungkin ade urusan ler tu yang perlu dikerjakan....
Dan kami pun selepas beberapa minit, habis makan nak bayar. Bila pergi ke kaunter nak bayar, rupa rupa nya bill makan minum kami telah disettle kan oleh TGNA...uishhh...sampai mcm tu sekali!
nak ucapkan terima kasih pun kami tak sempat, beliau masa tu dah lama beredar.
Memang pengalaman yang sungguh menarik.
Dan ketika saat itu, ianya menjadi turning point pada diri yang kerdil ini, bahawa apa jua yang saya ketahui mengenai TGNA dan juga parti nya adalah amat serong sekali (terima kasih kepada media tempatan yang menanamkan pemikiran negatif kami terhadap TGNA dan juga parti nya...
saya tak berminat nak ceritakan pasai media kita, utusan meloyakan, dan juga berita hairan dan mana mana yg sekutu dgn nya, sudah lebih 10 tahun diri ini tak layan mainstream media).
Itu lah cerita yang saya nak sampaikan..dan memang betul, TGNA ini, memang humble orang nya. Banyak juga member kenalan memberitahu saya, dia tinggal dirumahnya dan tidak pun bangga tinggal dikediaman rasmi yang sepatutnya.
Tiada protokol yang ketat untuk berjumpa dengan nya...mudah nya nak berurusan tanpa banyak karenah.
Malah saya juga mendapat tahu, beliau banyak menderma duit gaji nya....sungguh mulia hati TGNA ini....segala jua urusan yang dia lakukan adalah kerana Allah s.w.t
Semoga, pendekatan beliau menjadi ikutan kepada barisan pemimpin yang memimpin negara ini.
Walaupun saya non-muslim, tetapi saya memang respect kepada TGNA. Pernah juga terkilan dengan member lain yang mengkutuk dan menghina beliau hanya kerana perbezaan ideologi politik. Lebih terkilan dan tersentap apabila hinaan itu datangnya dari Muslim....aduhai....
Ape ape pun, kita ketepikan fahaman masing masing, ambil yang jernih, buang yang keruh.
Kepada rakan KGM semua, terutamanya yang beragama Islam, hari ini, hari Jumaat, dan ketika menunaikan solat Jumaat nanti, doakan TGNA semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang beriman.
Rajinder Singh a.k.a Tutor Raj

SEMOGA MEREKA INI BERTAUBAT DAN DIBERI HIDAYAH.....Amin.


Kita sebenarnya mampu menjadi SETANDING BELIAU jika kita mengikuti segala JAWAPAN DIBERI OLEHNYA .......Berubahlah menjadi pemimpin,rakyat dan INSAN yang baik agar matinya kita dikenang YANG BAIK ........Insya Allah.

AL FATIHAH .



#kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.