-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 13 Februari 2015

KENYATAAN PEDAS DAN BANGANG IBRAHIM ALI DAN ZAINUDDIN MAIDIN

PEMBACA

#tgna
#nikaziz
Dua bekas pemimpin dibawah dikutuk berapi pengguna media sosial ekoran kenyataan mereka yang dianggap bangang dan tidak wajar ekoran kematian Tok Guru Nik Aziz.....


Benar atau tidak kenyataan ini dari Ibrahim Ali .....





Ini pula Zainuddin Maidin 


INI YANG DIKONGSI DI BLOG NYA.....

FRIDAY, 5 APRIL 2013

WAJARKAH NIK AZIZ DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM?

TUN MAHATHIR: DAH NANYUK, BERHENTILAH!

Nik Aziz Nik Mat
Wajarkah Nik Aziz Nik Mat apabila dia meninggal dunia kelak dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam?

Perkara yang berat dan serius ini harus dipertimbangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan atau  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan dan juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memandangkan orang ini telah mengambil tanggungjawab Allah Subhanahu Wataala dan menyesatkan pengikut-pengikutnya.

Telah diketahui sebelum ini, seorang lagi pemimpin Pas Haji Hadi telahpun mengambil tanggungjawab yang sama dan menafikannya kerana ada tekanan politik dan apabila Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat  memfatwakan solat orang Islam UMNO tiada pahala dan UMNO parti murtad maka ternyatalah mereka  sefahaman telah meletakkan kedudukan mereka setaraf.

Saya bukan ulama, tetapi ulama tersohor dan candiakawan Islam yang terkemuka Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah menidakkan hukuman Nik Aziz itu dengan menegaskan bahawa kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.

Katanya lagi, "haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintah Islam yang selama ini  telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam."

Ayahpin
Maka itu, tentu seluruh orang Islam yang waras, terutamanya yang tidak berkepentingan politik tertanya-tanya apakah hukumnya terhadap seseorang yang dikatakan ulama atau mursyidul melakukan perkara haram dan lebih dari itu mengambil kuasa Allah. Apakah tindakan hanya berani diambil terhadap Ayahpin?

Masalah besar yang kita hadapi sehingga umat Islam di negara ini berpecah belah, ialah ulama atau ilmuan Islam yang diberikan tanggungjawab untuk menjaga kesucian agama Islam di negara ini juga terkeliru dan takut untuk bertindak segera terhadap mereka yang menyerupai identiti mereka dan mempunyai sedikit sebanyak pelajaran agama, apatah lagi bila berkupiah lebai dan berjanggut.

Dalam soal-soal kecil seperti hukum menghantar kad tahniah kepada perayaan agama lain dan sebagainya, mudah diberikan perhatian dan hukuman, tetapi apabila orang yang bertopengkan agama mengajar ajaran sesat dan mendatangkan malapetaka kepada umat Islam, maka tindakannya amat perlahan, malah tidak berani bertindak, sekalipun pada peringkat menegur.

Inlah yang berlaku terhadap Al Arqam sehingga pertubuhan itu berkembang besar dan hampir tidak boleh lagi di kawal dan walaupun telah diharamkan, sekarang menjadi pertubuhan haram yang kaya raya dengan simpanan berpuluh juta ringgit.

Sudah berapa  lama Nik Aziz dengan bertopeng politik menjalankan ajaran sesat, memberi fatwa haram, mempermain-mainkan agama, tetapi ulama-ulama yang bertanggungjawab pun menganggap hal ini hanya  sebagai politik sahaja, maka dia dibiarkan bermaharajalela sehingga ke peringkat mengambil kuasa Allah.

Mereka tidak memberikan pertimbangan serius terhadap keburukan yang menimpa umat Islam di negara ini sehinggalah ke peringkat yang amat runcing sekarang ini.

Apa yang perlu disedari oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Majlis-majlis Agama Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri ialah membiarkan guru ajaran sesat ini bermaharajalela mengkhayalkan sesetengah orang Islam telah mengesahkan Doktrin Marxist (Komunis), bahawa agama adalah candu kepada rakyat. Dia telah menjatuhkan maruah Islam di kalangan bukan Islam di negara ini.

Sewajarnya tidak ada parti agama Islam di negara ini. Jika Parti Islam dibenarkan maka dari segi demokrasi  maka boleh ada juga parti-parti agama lain seperti Kristian, Buddha, Parti Ayahpin dan sebagainya.

Bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak boleh dianggap sebagai istemewa untuk membenarkan Parti Islam wujud, kerana keselamatan dan penghormatan Islam tejamin dengan pengiktirafan kedudukannya yang tertinggi di bawah kawalan Majlis Raja-raja dan Alim Ulama Besar.

MAHATHIR: DAH NANYUK BERHENTILAH

Sementara itu Tun Dr. Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan Perkasa di Shah Alam petang ini (6 April 2013) telah mensifatkan Nik Aziz telah nyanyuk bila beliau menyatakan bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala.

Kata Tun, berhentilah dari bercakap yang mengharu birukan pemikiran dan akidah orang di negara ini.

"Dah nyayuk, berhentilah, cukuplah memecah belahkan umat Islam di negara ini," kata Tun lagi.

Di samping itu, Tun Dr. Mahathir juga telah berseluroh menyatakan bahawa beliau tersilap membuat kediaman Perdana Menteri terlalu cantik, maka itu ada orang berebut-rebut nak ke Putrajaya yang dulunya  mereka nak lelong.

"Tak apalah kita beri satu bilik pada Anwar Ibrahim dan dia boleh berkongsi dengan  Nik Aziz. Kita buat dinding tebal bagi bilik ini kerana Anwar Ibrahim masih kuat," katanya disambut gelak ketawa bergemuruh  lebih 15,000 orang hadirin.
KLIK SINI


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.