-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 12 Februari 2015

KENAPA HARGA GETAH THAILAND MAHAL ....MOHON PENJELASAN

PEMBACA

Telah ramai yang berkata, harga getah di Thailand masih berada di paras RM4 setelah ditukar nilai duit Malaysia....disebut sekali lagi...RM4 adalah nilai duit kita mengikut kadar tukaran wang semasa.



Kenapa ini terjadi?? Jika ditanya kenapa harga getah kita rendah, jawapan diberi ialah KEJATUHAN HARGA GETAH  DIPASARAN DUNIA, tapi kenapa DI THAILAND tidak terjejas? Adakah Thailand jual getah mereka ke bulan, ke planet Pluto bukan dalam dunia ni?

Isu ini bukan isu politik, ini isu kelangsungan hidup, tidak berakallah mereka jika kata penulis ingin berpolitik kerana pada penulis seorang ahli politik yang bijak akan menggunakan kuasa politiknya untuk membantu BUKAN MEMBEBANKAN sekiranya apa yang dijelaskan ini benar. 

Jika juga ada yang berkata bersyukurlah , dulu harga getah baru 20 sen sekilo.......jangan dibandingkan dulu dengan sekarang kerana dulu harga segelas tea baru 2 sen...bukalah mata dan akal ,yang hidup menderita dan tersiksa ini anak bangsa kita sendiri ,bukan orang lain......yang juga adalah PENENTU KEKALNYA KUASA yang diberi.....jangan cuma inginkan kuasa ,lalu bangsa sendiri dibiar merempat.

Kita ada akal, harga tayar tiada yang turun ......harga barang berasaskan getah juga tidak pernah turun, tapi kenapa harganya makin rendah berbanding Thailand malah Indonesia sekalipun? Kenapa ada jurang  harga YANG AMAT KETARA dimana RM2 itu terlalu jauh jaraknya dengan RM4 di negara mereka.

Penulis bukan nak menuduh kerajaan menipu....cuma sebagai rakyat dan sebahagian penoreh getah kami memerlukan penjelasan ini , tak kan kami nak bertanya pada Pembangkang yang tidak ada kena mengena dalam isu harga getah ni? Pada siapa lagi kami nak bertanya dan meraih simpati? Bukankah KERAJAAN sendiri pernah MERAIH SIMPATI  pada kami semasa HENDAKKAN UNDI DULU?? 

Para penoreh pun tidak minta harga getah melampau, mereka cuma minta harga getah yang MAMPU UNTUK SARA HIDUP .....macam mana mereka  nak teruskan kehidupan jika harga GULA LEBIH MAHAL DARI SEKILO GETAH? 

Berikan penjelasan kenapa ini terjadi? 

Harga  Semasa pasaran getah di Thailand...... 



Harga Semasa pasaran getah di Malaysia....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.