-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 11 Februari 2015

KANTOI YANG MENYEDIHKAN........!!

PEMBACA

#kantoi
#jomgelakfm
#kantoiidentiti
Pernah kah kita terfikir sesuatu  yang ada pada seorang yang gila atau tidak siuman berbanding kita yang sememangnya siuman ini? Apa istimewanya orang gila?



Apa sikap yang mereka ada TETAPI KITA TIADA?

Jawapnya .........orang gila TIDAK MENIPU DAN MEREKA JUJUR.........buktinya jika mereka lapar dan mahukan sesuatu ,mereka akan berkata begini......

"Bang....... nak makan......". Dan selalunya orang yang prihatin, akan belanja dan lihat orang gila ini makan......

Itulah sikap jujur dan tidak menipu yang ada pada orang  gila atau tidak siuman berbanding dengan  dengan yang siuman apabila mereka minta bantuan kita.....

"Bang.....minta duit skit bang......tadi dompet saya kena curi .....  " Contoh 1.

"Brader.....tolong wa brader..pinjam rm10 ,dompet wa tercicirla........" Contoh 2.

Nampak tak 2 contoh diatas dimana orang yang siuman akan mencipta cerita untuk menipu kita.....andai kita terpedaya,kita akan menjadi mangsa.

Penulis bukan mereka cerita ,sebab baru sebentar tadi alami situasi diatas.....setelah duit dihulur ,penulis berlalu dari situ...tetapi setengah jam kemudian kembali semula untuk kesitu untuk mengambil barang yang sudah siap ditempah.....tak kala nak hampiri  kereta penulis lihat WATAK YANG SAMA  sedang memohon simpati pada rakan penulis yang sedang menanti dalam kereta..........ADUYAIIIIIIIIIIIIIII!!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.