-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 9 Februari 2015

FILEM PENDEK MERDEKA 2015 - BENDERA YANG BERDARAH MELAYU.......

PEMBACA

Apabila kita tidak punya nama dan sumber,memang susah untuk menjayakan sesuatu ,tetapi andai kata tiada usaha mana mungkin kita tahu apa HASILNYA...


Saja penulis kongsikan perjalanan cerita dibawah  memandangkan bulan OGOS masih jauh didepan..

Kisah seorang pemuda kampung  yang ingin menyertai kayuhan amal sempena sambutan merdeka 2015.....babak awal dimulakan seperti gambaran dibawah.

 Pemuda melayu yang mahu memulakan perjalanannya ke bandar bagi menyertai rakan rakannya yang sudah menanti disana, ketika dia hendak bergerak ,dia hampir terlupa dan berpatah balik ke arah ibunya untuk bersalam agar perjalanannya diberkati.......

Sepanjang kayuhannya pada pagi itu,pemuda itu melalui kawasan pekan disekitar kampungnya yang kelihatan deretan kedai berbilang kaum yang menjalankan perniagaan mereka....

Kayuhannya berhenti disebuah kedai makan mamak untuk sarapan.......sambil meletakkan basikalnya yang siap berbendera  disitu, dia masuk kedalam kedai untuk sarapan.....setelah siap , dipaparkan adegan dimana mamak @ tokey kedai tidak mahu menerima bayaran sarapannya kerana teruja dengan semangat pemuda itu untuk menyambut perayaan merdeka.

Kayuhannya diteruskan lagi dengan aksi tayar basikalnya yang triba triba pancit .....pemuda ini terpaksa pula berhenti di kedai milik Cina untuk  membaiki basikalnya...sekali lagi babak dipaparkan tokey cina ini juga tidak mahu menerima bayaran setelah kerosakan tayarnya siap dipulihkan.....Dengan sebuah senyuman dan rasa terharu pemuda ini meneruskan perjalanannya......

Disatu simpang......adegan dipaparkan bagai mana pemuda ini terbabas dan terjatuh kerana mengelakkan kenderaan yang memotong .......lalu sampai sebuah Hilux yang dinaiki seorang pemuda Cina bersama isterinya yang sedang mengandung......Pemuda Cina ini berhenti ditepi jalan untuk membantu ,kelihatan juga  pemuda Cina ini mengambil Jalur gemilang yang jatuh ditengah jalan dari dilanggar kenderaan yang lalu lalang...

Pemuda yang berdarah dikakinya cuba dibalut lukanya....pemuda cina ini tercari cari kain , tetapi tiada...lalu dibalut kaki pemuda ini dengan bendera dan dipapah menuju ke keretanya bagi dibawa ke Hospital berdekatan.

Babak diteruskan ketika pemuda Cina ini sampai di unit kecemasan Hospital......dia dibantu oleh seorang anggota polis yang kebetulan berada disitu untuk memapah pemuda yang cedera itu keluar dari kereta.......adegan seterusnya , kakitangan hospital yang terdiri dari pelbagai kaum turut membantu pemuda ini lalu ditolak masuk ke bilik kecemasan......

Dipaparkan juga, pemuda melayu tadi dirawat oleh seorang Doktor wanita India bagi menunjukkan kepada kita bahawa harmoninya kita kerana walau dimana jua kita berada ,mereka yang bukan sebangsa dengan kita  tetapi SATU NEGARA  sentiasa ada disisi kita .......

Adegan akhir....

Pemuda itu termenung diatas katil sambil memerhati pesakit pesakit sebelahnya ....ada juga cina, melayu dan juga India...mereka berbual biasa bersama keluarga dan rakan taulan yang datang melawat....

Pandangannya terhenti pada kelibat seorang pemuda Cina bersama isterinya  yang masuk wad tersebut......pemuda Cina itu senyum kepadanya lalu dipaparkan adegan TANGAN PEMUDA CINA ITU MENYERAHKAN BENDERA berdarah(yang digunakan untuk membalut lukanya semasa kemalangan )  lalu disambut pemuda itu dengan perasaan hiba.......

Kita paparkan adegan pimpin tangan isteri pemuda Cina itu tadi bersama wanita melayu,india,asli serta lain lain kaum sambil terpapar ayat pada akhir filem.......

KENAPA PERLU SENGKETA KERANA MEREKA JUGA LAHIR DISINI DAN SENTIASA ADA DISISI KITA........?


Apabila ditanya bayangan penulis, siapakah pelakon pelakonnya kerana filem diatas tiada dialoq cuma aksi .....penulis bercadang untuk ambil pemimpin pemimpin muda dibawah sebagai mewakili SUARA GENERASI sebagaimana watak wanita mengandung yang digunakan dalam filem ini....

PEMUDA MELAYU - YB KHAIRY JAMALUDIN

PEMUDA CINA - KETUA PEMUDA DAP

PEMUDA INDIA - KETUA PEMUDA MIC .......

Tapiiiiiiiiii....ini semua khayalan penulis dan mungkin sukar untuk kita realisasikan dalam bentuk filem sebagai mana SUKARNYA SEBAHAGIAN DARI KITA MENERIMA HAKIKAT WUJUDNYA KAUM LAIN DALAM NEGARA KITA..........betul tak??

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.