-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 18 Februari 2015

5 GAMBAR WANITA SOLAT TEPI KERANDA......SIAPA DIA??

PEMBACA
Masa saya pinang awak, doploh ribu bapak awak mintak...Nah! Saya goreng duit jer hari ni kita makan,soh masak awak kata tak pandai.....huhuhu
#panas
#kantoi
Penulis memang ada membaca  berkenaan Wanita solat tepi keranda yang mencetuskan kontroversi beberapa hari lalu,tapi tidak didedahkan disini kerana sudah ramai blogger mendedahkannya...


Namun tadi, isu ni masih panas dimainkan dalam Whatsapp.....maka biarlah penulis kongsikan dibawah

Ini gambar wanita bersolat yang disebarkan......





Ini penjelasan tentang kisahnya....
Siapakah wanita dalam gambar yang viral di atas dan bawah yang dilihat khusyuk melaksanakan perintah Allah SWT tetapi di sebelahnya terdapat sebuah keranda dengan bunga berbentuk salib di hadapannya.
Keranda itu sebenarnya menempatkan jasad artis Indonesia, Rinto Harahap yang meninggal dunia pada 9 Februari lalu di Singapura selepas menderita sakit kanser tulang dan angin ahmar.
Mendiang yang beragama Kristian menikahi wanita muslim bernama Lily Kuslolita.
Seperti yang kita faham, Indonesia membenarkan perkahwinan antara muslim dan Kristian (yang ditafsir sebagai ahli kitab di sana) tanpa mana-mana pasangan perlu menukar agama masing-masing.
Wanita bertelekung yang sembahyang di sebelah Rinto adalah isterinya itu.
Meninggal dunia pada usia 65 tahun, gambar di atas diambil sebelum mendiang dibawa ke tanah perkuburan bagi disemadikan.
Mendiang merupakan seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy’s yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an.
SUMBER SINI 

#kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.