-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 12 Januari 2015

YANA SHAMSUDIN ,MEJAR ZAIDI DAN SPR YANG TERUS KANTOI!!

PEMBACA

#mejarzaidi
Penulis sependapat dengan luahan Yana Shamsudin.....Kita bercakap berpandukan pada fakta yang telah menjadi sejarah.....



"Para pengundi mesti masih ingat yang dakwat kekal yang digunakan oleh SPR ketika itu TIDAK KEKAL DAN MUDAH TANGGAL" ...apabila dikecam beberapa kali barulah SPR berusaha menukar dakwat tersebut sambil memberi pelbagai alasan yang menjadi viral dalam media sosial  "GONCANG DULU SEBELUM GUNA "...

Semua ini adalah fakta sejarah yang kita alami ....tiada kaitan pun nak berpolitik kecuali anda yang cetek pemikirannya demi menegakkan benang yang sudahpun dibasahkan.

Tapi .......apabila diadu lebih lebih lagi oleh penjawat awam yang CINTAKAN NEGARANYA bukan cintakan parti politik yang dipilihnya.....dia didapati bersalah dan dibuang kerja,sedangkan penjawat awam yang tugasnya menjaga keselamatan negara ini cuma mahukan KEADILAN akan duit rakyat termasuk dari dirinya  yang digunakan untuk membeli dakwat kekal ....

Adik adik...gaji pengerusi SPR dan semua kakitangannya KITA YANG BAYAR .....tiada siapa boleh nafikan perkara ini dek nonnnnnnn........adehh!

Atas apa dia didapati bersalah? Atas kapasiti beliau sebagai seorang anggota tentera yang tertakluk pada undang undang tentera....sedangkan SEMASA MENGUNDI BELIAU IALAH ORANG AWAM SAMA SEPERTI KITA yang perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk memilih pemimpin.... 

Timbul persoalan, adakah undang undang tentera itu lebih utama dari prinsip KEADILAN? Sebab dalam kes ini ,kita PERLU BERCAKAP TENTANG HAK ORANG AWAM kerana semasa mengundi beliau bukan lagi anggota  TENTERA,beliau cuma orang awam  yang dibenarkan memilih siapa yang beliau mahu dan menjadi haknya BERSUARA ...

Umpamanya begini
"PENSEL yang digunakan untuk mengundi patah,bila kita mengadu ,kita yang bersalah sedangkan hak kita untuk mendapatkan PENSEL yang boleh digunakan sebaiknya untuk mengundi......kan sama isunya dengan PENDEDAHAN Mejar Zaidi dalam dakwat kekal ni?? 

Kalau begitu ,andai kata diberi contoh lagi ......seorang pegawai kerajaan didapati rasuah dan ada pegawai lain laporkannya.....maka pengawai yang laporkan itu diambil tindakan semata mata kerana TIDAK MENDAPAT KEBENARAN PEGAWAI LEBIH TINGGI......adehh!!

Sebab apa penulis sebut beliau umpama orang awam semasa mengundi yang boleh mengundi parti mana yang dia mahu? Sebab kita diyakinkan oleh SPR sendiri bahawa "Tentera tidak disuruh undi parti tertentu " ........atau adakah SPR sendiri sudah kantoi dengan kenyataan ini seperti mana mereka kantoi dalam isu dakwat kekal??

#mejarzaidi 

Berita Mejar Zaidi dipecat. KLIK SINI 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.