-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 6 Januari 2015

TNB KENA TEMBERANG!

PEMBACA
Lawak botol air......adeh!
#banjir2014
Kisah ni mungkin berguna untuk anda terutama apabila kita mohon bantuan tetapi SUSAH NAK DAPAT terutama disaat ianya diperlukan.
Semasa kami sampai di Kuala Mai (Kuala Krau Pahang) kami diberitahu bekalan letrik baru saja ada setelah diputuskan oleh TNB akibat banjir.

Menurut ceritanya, selepas beberapa hari banjir surut,bekalan letrik masih belum lagi disambung, ini menyukarkan penduduk kampung terutamanya untuk membersihkan rumah yang terkena banjir. Aduan telah dibuat beberapa kali oleh mereka tetapi permintaan seolah lambat hendak ditunaikan.

Entah camne, terjadilah peristiwa dibawah.....

"Encik.....ni pusat Aduan TNB ke?"

"Yee..boleh saya bantu? Nama encik"

"Saya Ali bin Abu mewakili penduduk kampung...nak tanya bila bekalan letrik kampung kami boleh dapat encik.....?

"Ooo,pihak kami sedang uruskan secepat mungkin ,harap encik bersabar".

" Iye, saya tahu tu....tapi agaknya BILA "?

"Selewatnya 12 tengahari esok encik....."

"Terima kasih encik ....err.....saya RAKAM PERBUALAN KITA NI ENCIK ....kalau TAK DAPAT JUGAK BEKALAN SELEPAS 12 TENGAHARI ESOK, saya ngantor ke tibi3 dan Astrooo yeee". Jawab pemanggil sebelum menamatkan talian.

Dengar kabarnya lagi, pukul 10 pagi esoknya bekalan letrik sudah ada.....hahahaha!!

Tapi untuk banjir, penulis sarankan cara diatas tidak digunakan kerana kemungkinan ada penghuni rumah yang belum bersedia ,nanti berlaku litar pintas pula dan kerana itulah perlunya Notis pemberitahuan dari pihak TNB sebelum bekalan disambung..

Apapun...mungkin teknik TEMBERANG diatas boleh digunakan pada waktu lain......ye dok?

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.