-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 14 Januari 2015

TANAH ABAH YANG HAMPIR TERGADAI!!

PEMBACA
Rezeki ada dimana mana, jangan riak dik......
Orang tamak selalu rugi........Ini yang kita diajar semasa sekolah rendah lagi kan, memang banyak bukti terutama sejak Nur terlibat dalam bidang guaman ni...antaranya kisah dibawah...


Pak Cik Ramli yang lebih mesra Nur panggil Abah membuka ceritanya ...

Abah dan Wak Ramlan meneroka tanah terbiar  bagi menanam sawit. Keluasan tanah diberi 10 ekar seorang dari 20 ekar ....masing masing mengusahakan tanah terbiar tersebut dari menebang,membakar dan seterusnya menanam.

Namun....semasa tiba peringkat menanam sawit, Wak Ramlan telah berpakat dengan seorang rakannya yang kerja di Pejabat tanah untuk mengambil  10 ekar milik abah. Hasil beberapa perancangan yang dilakukan ,tanah 10 ekar milik abah di atas bukit itu telah menjadi milik Wak Ramlan......

Abah yang kecewa terus merayu agar diberikan tanah lain sebagai ganti.....maka atas dasar "prihatin", abah diberi tanah PAYA yang luasnya cuma 5 ekar.....abah terpaksa menerima tanah paya tersebut kerana cuma itu yang ada.....

Maka berusahalah lagi abah mengusahakan semula tanah paya tersebut dengan seribu kepayahan sambil matanya berair setiap kali  melihat anak sawit di atas bukit yang semakin menghijau itu  BUKAN MILIKNYA LAGI......

Semasa hendak memilih benih, abah buntu kerana tidak tahu apa yang harus ditanam ditanah paya tersebut.....hendak ditanam sawit, tanahnya tidak sesuai kerana terlalu lembab...maka tiada pilihan lain, Abah menanam sayuran seperti cili dan sebagainya.

Hampir 2 tahun abah bergilir gilir menanam dan hasilnya AMAT MENGGALAKKAN ,sayur dan cilinya begitu menjadi hingga  abah mampu untung berganda ,sedangkan Wak Ramlan masih belum menerima sebarang hasil dari kebun sawitnya kerana tempoh matang belum pun 3 tahun,bak kata orang...Wak Ramlan lebih banyak keluarkan modal dulu bagi membeli baja dan kos penyelenggaraan sawitnya .

Masuk tahun ketiga, Abah dah cukup modal dan mampu membeli 10 ekar tanah ditempat lain bagi  ditanam sawit.....begitulah rezeki yang Allah beri pada Abah atas keringat dan kesabarannnya menempuh segala dugaan.

Apa jadi pada Wak Ramlan? Nasibnya malang, selepas 4 tahun... tanah 20 ekarnya diambil alih oleh Felcra kerana "TEROKA TANAH HARAM ".......tak sempat Wak Ramlan nak nikmati sebarang hasil ,cuma kerugian yang diperolehnya disebabkan sifat tamak dan haloba.....

Abah pula bersyukur kerana tidak rugi apa apa malah beruntung kerana TANAH PAYA nya tidak diambil oleh Felcra malah mereka menggalakkannya terus menanam sayur disitu hingga kini......

Moral dari kisah Abah diatas yang dapat Nur belajar...selain sifat tamak yang perlu kita hakis..."Setiap musibah yang Allah beri itu sebenarnya ada rahmat tersembunyi..." bayangkan jika abah terus usahakan tanah 10 ekar tersebut dan cukup 4 tahun tanahnya dirampas dan abah akan rugi......tapi disebabkan sifat tamak Wak Ramlan itulah abah berjaya mendapat tanah paya dan berjaya pula membeli tanah lain yang bergeran....

Alhamdulillah......Allah sentiasa jaga kita jika kita sentiasa JAGA DIRINYA......Ameen

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.