-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 5 Januari 2015

SEMOGA ADA YANG MEMBANTU MAKCIK INI ......

PEMBACA

" Encik, boleh cucikan rumah saya tak ?". Tanya seorang mangsa banjir pada kami yang sedang membersihkan rumah seorang ibu tunggal yang rumahnya air hampir mencecah alang

Itulah realiti yang kami alami di Kampung Kuala Mai ( Kuala Krau, Pahang). Memang ramai yang menghantar bantuan berupa pakaian dan bahan makanan tetapi tak ramai yang sanggup membantu membersihkan rumah mereka yang disaluti selut .

Sebiji rumah mengambil masa hampir 3 jam untuk disiapkan ditambah pula waktu kami membantu itu ,bekalan air terputus, terpaksa mengangkut air dari kolam ikan berdekatan menggunakan lori. 

Kami pula cuma pasukan sukarela yang masing masing punya kerjaya sendiri , manakan mampu untuk kami tinggal lebih lama disana dan membantu membersihkan setiap rumah yang anggarannya umpama  100 rumah cuma 20 buah rumah saja selamat dari banjir.....Permintaan Makcik diatas terpaksa kami tolak kerana kesuntukan masa ..... 

Sepanjang perjalanan pulang, kami berdoa agar ada pasukan sukarela lain yang akan membantu membersihkan rumah mereka. Ameen.

"Mencuci rumah ibu tunggal yang juga merupakan rumah pertama kami tanya sewaktu mula sampai disana dan menjadi rumah terakhir yang kami siapkan sebelum berangkat balik...








0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.