-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 7 Januari 2015

PENYAKIT E COLI??

PEMBACA
koyak lubang err  err bacalah sendiri atas tu!

Memula penulis ingatkan ada yang tersalah taip tentang nama penyakit yang terkena pada Perdana Menteri kita ni, maklumlah namanya pelik......eee........tak pakai coli ehh! E. Coli lah!

Rupanya memang betul nama penyakit ni E. Coli seperti dilaporkan dibawah.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkena jangkitan bakteria E.coli (Escherichia coli) semasa melawat kawasan banjir, baru-baru ini.

Ini dinyatakan melalui catatan di laman Twitter Pejabat Media Perdana Menteri hari ini.

"Doktor menasihatkan Perdana Menteri supaya berehat susulan perkembangan itu. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurut catatan itu.

Sementara itu, Najib melalui catatan di laman Twitternya berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.


Tambah kenyataan pejabat Najib menerusi akaun twitternya, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

E.coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.

Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.


Fuh! Nasib baik penulis tak kena penyakit E Coli semasa membantu mangsa banjir hari tu, kalau tidak mesti isteri penulis cakap penulis nak menggatal .......hu hu hu 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.