-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 9 Januari 2015

KUIL DI PUTRAJAYA, INI JAWAPNYA.....

PEMBACA
Bukan rakyat Kelantan...tapiiiii 

Memang kecoh apabila beberapa pihak mempertikai cadangan pembinaan sebuah kuil yang besar di Putrajaya. Apa sudah jadi??


Saksikan dulu kenyataan beberapa pihak dalam isu ini






Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris dikatakan menyelar tindakan pihak tertentu mendirikan kuil tersebut yang dirasakan  tidak wajar.
“Kami amat dukacita dengan berita yang diterima apabila kuil yang paling unik telah dibina dan akan siap tidak lama lagi.
“Siapa yang telah memberi kelulusan bagi projek ini? Begitu mudah menyerahkan tapak untuk membina kuil di situ.
“Mengapa mesti di Putrajaya? Kawasan itu majoriti dihuni oleh orang Melayu,” katanya dalam kenyataan kepada portal Free Malaysia Today.
NAH......INI JAWAPAN DARI PIHAK berkenaan dalam isu diatas.

Kenyataan ini antara lain menjelaskan, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20, sebenarnya merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya. 
Harus diketahui, Putrajaya sebelum dibina seperti sekarang merupakan kawasan ladang yang didiami masyarakat India dan mempunyai pelbagai kuil daripada yang bersaiz besar hinggalah sederhana.
Antara kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jalan B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.
Dakwaan menyatakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal  membuat keputusan perancangan perbandaran dan banyak kuil dibina di seluruh negara kerana amat mudah mendapat kelulusan juga tidak tepat memandangkan kuil di Presint 20 ini sudah pun terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya tahun 1997 lagi.
Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat termasuk kuil di Presint 20 yang baru sekarang mencetuskan kontroversi.
Selain itu, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanamkuil ini juga sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan sama ada dari Kementerian Wilayah Persekutuan mahupun Perbadanan Putrajaya. (Mynewshub ) 
So ......pe nak kate lagi??

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.