-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 13 Januari 2015

KANTOI!! MEREKA YANG TERLUPA BERSAMA SI PENAKUT BINI

PEMBACA
Manyak bising lo ini kidai, haiyaa!
"Aku tak setuju......" Kata  Mohd Ali.

" Pesal lak " Tanya  Mohd Abu

" Yelah...ko tak belajar ke masa kat sekolah dulu......mana boleh ". Jawab Mohd Ali.

" Apasal tak boleh pulak......" Tanya lagi Mohd Abu

" AKu tak nak makan bangkai.....binatang tak disembelih dikira bangkai tau...HARAM kita makan" Terang Mohd Ali.

"Jadi kena sembelih lah dulu....?"  Mohd Abu tanya lagi .

"Yelah....asal niat kerana Allah Taala pun boleh .....tak susah mananya"  Mohd Ali menerangkan pada Mohd Abu.

" Aku rasa baik aku sembelih ko sekali la selepas sembelih ayam ni....." Jawab Mohd Abu yang tak dapat menahan sabar.

" Ko jangan memain Abu....yang HARAM TETAP HARAM....." Mohd Ali terus memberi sedikit tazkirah pada rakannya itu.

" BAB SEMBELIH KO PANDAI LAK HARAM HARAMNYA.....abis kita CURI AYAM NI TADI ko tak fikir lak HALAL KE HARAM????
Diet la sangat hahaha!

..........

Seorang raja telah mengarahkan semua rakyat yang sudah berkahwin mengadapnya.

"Hari ini beta nak tahu, berapa ramai lelaki yang takut pada bininya....." Kata Raja tersebut setelah kesemua rakyat yang hadir.

"Baiklah.......lelaki yang takut bini sila berbaris disebelah kiri, manakala yang tidak takut bini sila berbaris disebelah kanan..." Arah raja itu lalu melihat ruang disebelah kirinya penuh dengan suami suami yang takut bini ......cuma ada seorang suami yang berdiri di sebelah kanannya.....

" Hahahaha.....awak seorang saja yang tidak TAKUT BINI .....apa RAHSIANYA " Tanya Raja tersebut yang sebenarnya dia sendiripun takut permaisurinya...adeh!!

"Eh ! Saya pun takut bini Tuanku....." Jawab suami tersebut dengan wajah pucat.

" Abis tu kenapa awak berbaris disebelah KANAN? " Tanya Raja yang kehairanan.

"BINI SAYA SURUH TUANKU......." Jawab suami tersebut sambil TUNDUK .



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.