-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 7 Januari 2015

KANTOI KERANA WHATSAPP #wassap PANASS!!

PEMBACA
Gambar pokok 18ASX  yang setakat ni sudah beratus kali penulis dapat dapat Whatsapp dari lain lain group....adoii!
#khasuntukpenggunawhatsapp

Copy paste memang sering kita alami terutama pengguna whatsapp @ wassap hinggakan dalam groups yang kita join itu berputar dalam isu atau gambar yang sama.


1. Ada beberapa kes yang kantoi menggunakan copy paste ......umpamanya

"Anda tulis ucapan "Selamat Hari lahir pada rakan anda dengan bahasa yang indah " ,apabila tiba hari jadi anda, anda terima wassap dari rakan rakan dan PALING SAKIT HATI IALAH ...

Mesej ucapan hari jadi itu ialah ayat yang anda tulis beberapa hari lalu ....cuma ditukar nama anda " Kah kah kah! 

2. Dalam wassap juga kroni ,maksudnya orang yang suka akan apa yang anda kongsikan dan orang yang MENYAMPAH dengan apa yang anda kongsikan

Contohnya, 

Apabila anda kongsikan sesuatu dalam wassap dan dibaca oleh orang yang menyampah ,akan keluar ayat ini...

Woi! Tu isu lame la,agak agakla nak copy paste pun.

Tapi jika anda orang yang disukai terutama kaki bodek ,akan muncul pula ayat ini...

Terbaik "Dato"......satu nasihat yang berguna. 

Sedangkan dia tak tahu "Dato" diatas tu pun copy paste dari pengguna yang anda benci diatas.....kah kah kah kah

3. Lebih ramai yang copy paste tanpa tahu dari mana sumbernya ,lebih malang lagi ada yang TIRU dan mengaku itu dia punya......tapi kalau bahan yang dikongsi itu berunsur fitnah dan dia dimarahi.....dia akan cakap ......ITU copy paste dari bilik sebelah, tak pun ada orang antooooo kat email  .......kah kah kah kah

Contoh wassap copy paste 

4. Ada isteri yang dapurnya TAK BERASAP kerana sibuk berwasap hingga suaminya BERASAP telinga nak marah!! 

Ada juga suami yang telefon nya jadi SUNYI SEPI semasa berada dirumah kerana takut kantoi berwasap dengan Dot Dot nya.

Ada juga yang TAK PANDAI DAH NAK BERCAKAP kerana sibuk berwasap ,kalau dia bersuarapun cuma bunyi "uhuk uhuk " kerana batuk.  

Ada imam yang maghribnya jadi  4 rakaat kerana terperanjat dengan bunyi wasap yang masuk ketika sedang imamkan solat. 

Itu tak campur lagi pengguna merungut, bila "On saja talian Internet " dalam enponnya, beribu mesej Wassap masuk......boleh "Hanging" oooo 

5. Walau apapun, gunakanlah Whatsapp untuk perkara yang lebih mendatangkan kebaikan dari keburukan....segalanya ditangan anda YANG MEMBACA DAN MENAIP.....!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.