-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 2 Januari 2015

KALAU NAK TAHU BACALAH KERANA INILAH YANG BERLAKU!! #banjir2014

PEMBACA

Kisah ini dilalui sendiri oleh para petugas yang secara sukarela membantu semasa di pusat pengumpulan SUMBANGAN banjir KERATONG dan ianya bukan cerita rekaan, tapi inilah YANG TELAH TERJADI!



Siapa PENDERMA INI??

Dipenempatan kami, ada seorang pekerja kedai runcit yang kami kenali bernama Azlan...pada hari kami menjalankan kutipan derma untuk tabung banjir, Azlan kelihatan beberapa kali datang membawa barangan untuk didermakan. 

Timbul rasa pelik kerana mustahil Azlan akan menderma beberapa kali dan jumlah barangan yang dibawanya pula ADA YANG CECAH BERATUS ......setelah beberapa kali Azlan datang, kami pun bertanya.

"Banyak barang ko derma Lan, semalam 3 kampit beras,pagi tadi 10 tin Milo, baru jer tadi ko derma 5 kampit beras lagi....terima kasih".

"Eh! Bukan saya punya barang ni bang, ada ORANG DATANG KEDAI, DIA BAGI DUIT DAN MINTA BELIKAN BARANG BARANG NI,KEMUDIAN MINTA SAYA HANTAR SINI....." Ini penjelasan Azlan apa yang membuatkan kami terasa BETAPA IKHLAS DAN MULIANYA PENDERMA INI YANG tidak mahu dikenali .......


KISAH PEMUDA GILA ? 

Pada hari kedua ,waktu tengahari...kebetulan cuaca panas,memang tiada penderma yang datang, cuma ada seorang pemuda yang dari segi pakaian dan gelagatnya bercakap sorang sorang, memang kami tahu dia kurang siuman.

Pemuda ini asyik membelek tabung duit derma kami...sekejab dia pusing disekeliling sambil mulutnya membebel,sekejab dia memegang tabung duit tuuu........risau dibuatnya menyebabkan seorang petugas bernama Shamsul menghampirinya .....

"NAH ! AMBIL DUIT NI KO PERGI MAKAN " Tak pasti berapa jumlah duit yang diberi oleh Shamsul yang diambil dari kocek seluarnya  pada pemuda tidak siuman itu...pemuda itu berlalu pergi menuju ke kedai makan berhampiran.

Sejam selepas itu, Azan Zohor berkumandang, sekali lagi pemuda tidak siuman ini muncul ....dia terus  membelek tabung duit 
menyebabkan perasaan risau kami menjelma kembali....lama dia membelek DUIT DIDALAMNYA tanpa menghiraukan mata kami yang memandang gelagatnya....

Nak tau apa pemuda ini lakukan?? Jangan tak percaya........kami lihat dengan mata kami sendiri ........PEMUDA INI SELUK KOCEK SELUAR LUSUHNYA, AMBIL DUIT SYILING YANG KAMI TAHU ITU ADALAH BAKI DUIT MAKAN yang diberi Shamsul tadi......duit syiling itu diHULUR SEMUANYA KEDALAM TABUNG DERMA kami.......

Tak terkata dan tergamam kami dibuatnya......

YANG SUSAH ITU LEBIH MENGERTI DARI YANG BERADA.....

Inilah realiti yang kami lihat sepanjang kami menjalankan kempen derma banjir ini ........yang banyak menghulur derma adalah golongan golongan yang biasa, yang tidak berkereta mewah malah cuma  bermotor ...malah anak muda yang cuma berseluar pendek pun menderma berbanding dengan yang KELIHATAN AGAK BERADA cuma kelihatan lebih " BERGAYA sambil LALU LALANG melihat usaha kami lalu berlalu pergi tidak kembali.

Itu tak dikira lagi sepasang suami isteri orang Asli yang duit dermanya berlipat lipat dan sudah lusuh....tapi cuma itu yang mampu diberinya.....bukan macam kita yang duitnya cantik TAPI TIDAK CANTIK untuk menderma ......err! ini contoh hahaha.

Terima kasih WARGA KERATONG ........terima kasih.......Allah jualah membalas budi baik anda.




coretan : Mohd Rmanz Bukhari 2/1/2015



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.