-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 27 Disember 2014

KANTOI KAH KITA?...ELEH! TAK NAK NGAKU LER TUU!!

PEMBACA

Kita sebenarnya boleh #kantoi dengan diri kita sendiri tanpa bantuan orang lain......tak percaya lihat contoh dibawah.


1. Kita beli telepon yang harganya ribu ribu, tetapi apabila Internet kita lembab, kita mengamuk "Aku buang jugak telefon ni ......." padahal bukan salah telefon itu punn.....

2. Apabila kita terkentut tanpa disedari oleh rakan sebelah, kita akan diam dan buat donno...tetapi JIKA RAKAN KITA TERKENTUT walau kita sebenarnya tak tahu SIAPA, kita sibuk BERTANYA.......

3. Kita mungkin mampu miliki sebiji telefon canggih yang harganya ratusan, tetapi bab nak TOPAP kita cuma mampu topap RM5 jer itupun kekadang seminggu tak ada LINE hahahampeh!

4.  Kita cukup mudah ketawakan orang, tetapi TIDAK MUDAH UNTUK KITA DIKETAWAKAN......adehh!

5. Kita selalu lebihkan kawan tetapi tidak pernah lebihkan anak isteri dirumah....err awak kan yang membaca ni?

6. Kita lebih risaukan harga rokok yang melambung naik berbanding harga beras dan gula.

7. Kita sering melihat orang lain kecil dan tidak hebat sedangkan kita sendiri lupa orang itu pun melihat kita dengan MAKSUD yang sama......

8. Kita boleh nasihat orang, tetapi belum tentu ORANG BOLEH NASIHAT KITA.

9. Kita akan BISING kalau hilang seribu ringgit, tetapi kita akan DIAM kalau jumpa SERIBU RINGGIT.. ahaks!

10. Kita  mampu  beli kasut yang mahal untuk dipakai berjalan ,tetapi belum tentu kita mampu beli selipar yang mahal untuk dibawa ke Masjid...itupun kekadang pinjam selipar adik beradik kat rumah....adeh!! 

**11## . Perkara paling kantoi yang selalu kita tak ingat dan ambil kisah ialah .......KITA  akan malu kalau KANTOI dengan orang tetapi tidak pernah MALU pada kedua Malaikat yang SENTIASA ADA MALAIKAT DIKIRI DAN KANAN........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.