-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 25 Disember 2014

KANTOI! DOA BANJIR YANG DIPERTIKAI ...ambil perhatian!

PEMBACA

#banjir2014,#prayforpantaitimur
Dalam kita cara kita berusaha  untuk menghadapi suasana banjir ni, ramai pengguna kongsikan doa seperti gambar diatas.
Sekarang anda baca pula kenyataan dibawah ......

Ada benar juga katanya kan.....sebab ayat ini seolah tergantung dan boleh merosakkan akidah jika seseorang itu tidak memahami maksud sebenarnya,lebih lebih lagi yang kurang kefahaman ilmu agamanya.


Disini penulis kongsikan terjemahan penuh surah Hud  ayat 41 hingga 45 untuk pemahaman anda ,maklumlah kita ni kadang kala tidak tahu pun doa ni diambil dari mana kerana tak pernah MEMBACA ALQURAN ......err.....ye tak?  

A041
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Hud 11:41) |  | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A042
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".
(Hud 11:42) |  | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A043
Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
(Hud 11:43) |  | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A044
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".
(Hud 11:44) |  | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A045
Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya".
(Hud 11:45) |  | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Macam manapun pertikaian yang timbul, sebenarnya ALLAH TAHU NIAT sebenar kita, KERANA dia yang nampak segalanya...Wallahualam. 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.